Tuesday, August 25, 2009

Ibadah penawar semua...


Hanya Ingin Mengingatkan .......Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....


1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.




Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah
SEDIKIT MAKAN....

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.


3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.


4. Ibu dari segala CITA CITA adalah
SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Wassalam.

Anjing2 Neraka


sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

  • Bacalah Al-Qur'an

  • tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

  • Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

  • Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

  • Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

  • Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

  • Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

  • Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

  • Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

    Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S..W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

    Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

    Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

    Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

  • Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu


    Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

    Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

    Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

    Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

    Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

    Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

    Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan. Pun memang hukuman sebat dalam Islam bukan seperti sebat yang ngeri di penjara sivil yang biasa kita dengar dan lihat. Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

    http://drmaza.com/home/wp-content/hudud1.jpg
    - gambar hiasan

    Lebih daripada itu, Islam tidak benarkan kita mengutuk pesalah yang dihukum. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.

    Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan. Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

    Hudud

    Ramai yang bercakap tentang hudud. Namun ramai juga, sama ada yang bersetuju atau membantah tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dalam banyak perkara mengenainya. Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama.

    Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya. Seseorang muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya?

    Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia. Untuk melihat hudud secara lebih luas dan tidak fanatik mazhab atau pandangan tertentu, karya Mohamed S. El-Awa, Punishment In Islamic Law antara yang baik untuk dibaca di zaman kini.

    Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:

    “Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

    Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

    “Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

    Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

    Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

    Suasana

    Ada beberapa email yang menarik perhatian saya mengenai hukuman arak di Pahang itu. Ada yang menyatakan kepada saya, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan ‘disembah hormat’ oleh rakyat.

    Ada pula berkata: “Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan saya yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”. Berbagai lagi sungutan yang lain.

    http://drmaza.com/home/wp-content/hudud.jpg
    - gambar hiasan

    Memang itu semua bukan justifikasi untuk peminum arak dibiarkan, tetapi hukuman apabila tidak kelihatan adil atau seragam, manusia akan membuat berbagai alasan dan akhirnya tujuan dan keindahan hukum itu hilang. Para ulama dan pejuang Islam mempunyai tugasan yang berat untuk memboleh Islam dalam bentuk dakwah dan pendidikan itu menjelma dalam bentuk hukuman dan perlaksanaan yang adil dan saksama.

    Maka tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina.

    Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan. Apatahlagi hukuman murtad itu sendiri mempunyai berbagai penafsiran.

    Perjuangan penting para pendakwah Islam masakini adalah memberikan pendidikan dan kefahaman yang jitu mengenai Islam. Generasi kini terdedah kepada berbagai perkara. Sudah banyak email saya terima daripada anak-anak muda melayu yang bukan sahaja tidak percayakan Islam, bahkan meragui kewujudan Tuhan.

    Inilah epidemic yang sedang meningkat dalam dunia ini iaitu atheism yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, atau seperti pelakon Brad Pitt yang tidak dapat membuat keputusan Tuhan wujud atau tidak yang disebut sebagai agnosticism. Mereka ini sedang memenuhi Dunia Barat hari ini dengan peningkatan yang menakjubkan.

    Laman-laman web mereka mengganggu minda sebahagian orang Islam yang tidak terdedah kepada Islam yang berteraskan hujah dan fakta. Hanya sekadar pernah mendengar ceramah kartun dan lawak oleh sesetengah penceramah. Ceramah atau pengajaran agama yang tidak memenuhi piawaian cabaran zaman kini akan gagal menyelamatkan generasi kita.

    Ya, kita mahu Islam, kita mahu suasana Islam dan kita mahu hukum berteraskan Islam. Namun itu semua tidak boleh dicapai dengan mudah, memerlukan pengembelingan tenaga yang serasi dengan suasana kita. Pemerintah dan rakyat hendaklah ada kesungguhan. Islam yang hendak ditonjolkan hendaklah membawa kepada sangkaan baik manusia terhadap Allah dan RasulNya, bukan mengelirukan mereka. Bak kata Nabi s.a.w: “Jangan bantu syaitan rosakkan saudaramu”.

    Kisah Perang Salib

    Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff : 4)

    Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W

    Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)

    Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)

    Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."

    Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa

    Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."

    Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

    Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

    Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

    Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan.

    Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

    Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

    Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

    Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

    Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

    Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

    Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

    Kaum Salib Mengganas

    Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

    Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

    Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

    Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

    Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

    Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

    Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."

    Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

    Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

    Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan."

    Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: "Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

    Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."

    Artikel dipetik dari buku Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah Pejuang Islam) Jilid 3, Darul Nu'man, oleh Tuan Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

    Tanda-tanda kecil kiamat


    Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

    Tanda-tanda kecil kiamat.

    1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
    2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
    3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
    4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
    5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
    6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
    7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
    8. Banyak berlaku gempa bumi.
    9. Zaman sudah dekat mendekati.
    10. Banyak fitnah memfitnah.
    11. Banyak pembunuhan.
    12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
    13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
    14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
    15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
    16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
    17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
    18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
    19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
    20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
    21. Anak melawan ibubapa.
    22. Hujan di musim kemarau.
    23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
    24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
    25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
    26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
    27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
    28. Banyak minuman keras.
    29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
    30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
    31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
    32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
    33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
    34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
    35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
    36. Orang alim sudah tidak disenangi.
    37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
    38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
    39. Banyak kematian secara mendadak.
    40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
    41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
    42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
    43. Rasuah berleluasa.
    44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
    45. Ramai orang menjual-beli hukum.
    46. Memandang ringan masalah perceraian.
    47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.

    * Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

    · Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.

    Kedatangan Imam Mahdi AS


    Alhamdulillah...Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menyedut dan menghembuskan nafas di ruang udara permukaan bumi Nya ini... kali ini ana ingin bercerita mengenai kedatangan imam mahdi...iaitu salah satu drp 3 yang akan datang menjelangnya akhir zaman...

    Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyaklah terjadinya peperangan, bencana dan bala..

    Pada masa itu nanti semakin banyaklah terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana masalah yang remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain, begitu juga dengan negara dengan negara lain berperang kerana masalah yang kecil. Bencana semakin banyak berlaku..seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, puting beliung, banjir dan sebagainya.. Begitu juga dengan penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramailah manusia yang berpenyakit...

    Akhwat yang di kasihi sekelian.. Menjelang datangnya imam mahdi ini..akan muncullah api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbenamnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama 3 malam. Pada masa itu juga nanti, lengkaplah orang2 yang mengaku dirinya sebagai nabi seramai 60 orang. Masa itu, tenggelamlah kampung2 di negeri syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan ramai manusia yang mati. sungai Furat di Iraq akan melimpah yang menyebabkan Kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh seluruh manusia yang ada di dunia. dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang. Ini kerana,semua orang mendengar panggilan itu dalam bahasa sendiri...bangsa Arab mendengarnya dalam bahasa Arab...melayu akan mendengarnya dalam bahasa melayu dan lain-lain.

    Pada masa itu juga, terdengarlah suara pada tengah malam bulan Ramadhan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun ..banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehinggakan darah mengalir di jalan2 raya..Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu..

    Pada masa itu nanti, yang diangkat menjadi pemimpin terdiri dari pada orang2 jahat. Pemimpin jahat dan orang yang dipimpin pun sama2 jahat. Dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa manusia pada zaman itu yang beriman pada petangnya tetapi esoknya sudah menjadi kafir. Bukan bererti petangnya dia islam..tetapi esoknya yahudi atau nasrani...Maksudnya disini..banyaknya orang nanti akan kafir nikmat..Apa2 saja yang dikurniakan oleh Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan di jalan yang diredhai Allah...

    Menjelang turunnya imam mahdi..dikatakan tentera dari Turki akan datang ke Jazirah arab. Mereka datang untuk menakluki tanah2 jazirah arab. Mereka bunuh pemimpin2 dan mereka kuasai daerahnya.

    Dalam keadaan dunia yang huru hara itu..muncullah Imam Mahdi..Beliau datang untuk meneruskan perjuangan datuknya.,iaitu junjungan mulia..Nabi Muhamad S.A.W..untuk mengatasi kekalutan di muka bumi ini..Semua makhluk di muka bumi ini...gembira dengan kedatangan Imam Mahdi..Bukan saja dari kalangan manusia..bahkan binatang buas...burung2 dan lain2 lagi...

    Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh daripada keturunan nabi Muhamad..Dia diangkat menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia begitu buruk keadaanya..Imam Mahdi akan diangkat sebagai pemimpin setelah dilihat beliau berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan..manusia pada zaman itu berharap agar Imam Mahdi ini dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan...Imam Mahdi itu..tidak mengetahui bahawa dirinya itu adalah Imam Mahdi..yang ditakdirkan oleh Allah untuk diutus ke dunia...sebagai penyelamat umat akhir zaman..Begitu juga dengan umat akhir zaman...tidak tahu bahawa orang yang diangkatnya itu adalah Imam Mahdi...

    Imam mahdi ini akan diketahui adalah Imam Mahdi apabila dia telah memegang pimpinan..Beliau akan menunjukkan perilaku yang baik, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegak kemungkaran..

    Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelumang dengan dosa mahu diajak kepada kebenaran? Keadaan ini samalah seperti zaman jahiliyah dulu...sebelum kedatangan rasulullah...rasulullah datang menyeru kepada islam...orang akan mengikutnya..walaupun baginda terpaksa menghadapi penderitaan dan kesusahan yang dasyat....Keadilan dapat ditegakkan di zaman rasulullah ..kerana masyarakat yg baik dan beriman...kuranglah malapetaka dan musibah yang menimpa..Bahkan rahmat Allah datang bagaikan air yang meimpah ruah..tak terkata nikmatnya...

    Umat akhir zaman...setelah dunia amam makmur kembali..seperti zaman kegemilangan islam satu masa dulu....maka pada masa itulah, tahulah mereka bahawa pemimpin mereka itu..adalah Imam Mahdi...

    sahabat yang dirahmati Allah... banyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada cerita di atas...takutlah kita pada azab Allah..sama2lah kita ambil iktibar...dan berjuang di jalan Allah selagi sisa hidup masih ada...selagi tenaga ini masih bertenaga...moga2 apa yang kita lakukan..mendapat keredhaan Allah..ameen...

    sekian dulu...yang baik datangnya dari Allah jua..dan yang lemah itu datangnya dari hamba Nya ini...

    wasalam.

    al faqir ilallah

    Kedatangan Dajjal

    Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

    Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

    Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

    Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah." Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

    Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"

    Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

    "Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu."

    Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak berbuah."

    Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."

    Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

    Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

    Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

    Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan

    Hanya Kerana sebutir kurma



    Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
    ziarah ke mesjidil Aqsa.

    Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
    pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

    Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
    sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
    Menyangka kurma itu sebahagian dari yang ia beli, Ibrahim
    memungut dan memakannya.

    Setelah itu ia berangkat menuju Al Aqsa.
    4 Bulan
    kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
    Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
    sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
    Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
    percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


    "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
    yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

    kata malaikat yang satu.

    "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan
    yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
    meja seorang pedagang tua di dekat masjidil haram," jawab
    malaikat yang satu lagi.

    Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terfikir jadi selama
    4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin
    amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
    gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

    "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

    Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
    pedagang tua penjual kurma.
    Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
    ditelannya.

    Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
    kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
    tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
    membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

    kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

    "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
    pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

    "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
    siapa saya meminta penghalalan ?".
    Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak
    muda itu mendengarkan penuh minat.

    "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

    "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, mahukah engkau
    menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

    makan tanpa izinnya?".

    "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
    entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

    Saya tidak berani mengatakan nama kan mereka kerana mereka
    mempunyai hak waris sama dengan saya."
    "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
    satu persatu."
    Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui.
    Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
    Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
    yang termakan oleh Ibrahim.

    4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
    kubah Sakhra.

    Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
    lagi bercakap cakap.
    "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
    makan sebutir kurma milik orang lain."
    "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
    mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
    Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
    sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain.

    Sekarang ia sudah bebas."

    Ciri-ciri pemimpin sejati



    Oleh NUR HIDAYAH ZULKIFLI

    PADA satu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta Rasulullah SAW melantik dirinya menjadi pegawai, tetapi Rasulullah menolaknya.

    Sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu, Baginda bersabda: ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan betul dan melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan betul pula.''

    Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik mampu menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak bertanggungjawab.

    Namun kata Nawawi, politik juga boleh menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggungjawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; ada baik dan buruknya.

    Ia menjadi baik dengan tiga syarat - seperti dalam hadis di atas - iaitu berada di tangan orang yang berkemampuan, diperolehi dengan cara yang betul dan dipergunakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

    Malangnya, dalam percaturan politik kini, orang kerap hanya bercakap satu perkara, iaitu bagaimana merebut kekuasaan. Bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan lebih daripada itu kepada Allah SWT.

    Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kuasa sememangnya sesuatu yang menggiurkan kerana dengan kuasa, individu berkenaan membayangkan dia boleh mencapai apa juga impiannya. Menurut Imam Ghazali, dibandingkan dengan harta, kuasa jauh lebih menggoda.

    Ia berasaskan kepada tiga alasan iaitu, pertama, kuasa mampu menjadi alat untuk memperbanyakkan harta. Dengan kuasa, seseorang boleh mengayakan dirinya.

    Keduanya, pengaruh kekuasaan lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, boleh hilang kerana dicuri atau berkurangan.

    Namun itu tidak berlaku kepada kekuasaan kerana ia bererti pengaruh seseorang pemimpin di kalangan pengikut dan penyokongnya. Ketiga, kekuasaan menimbulkan kesan populariti yang sangat luas.

    Bagaimanapun apa yang harus difahami menjadi pemimpin tidak hanya menerima amanah rakyat, tetapi juga menerima amanah Allah. Pemimpin adalah 'hamba' kepada rakyat. Pemimpin yang mengkhianati dan menodai hak rakyatnya, bererti menggugat dan mengabaikan amanah Allah.

    Hakikatnya, menjadi pemimpin bukan mencari kekayaan, tetapi pengabdian. Menjadi pemimpin bererti melaksanakan ibadah yang paling berat untuk melunaskan amanah rakyat dan Allah.

    Seorang pemimpin yang baik sentiasa membersihkan batinnya kerana dia sedar niat yang tidak baik boleh menjadikan kekuasaan yang dimiliki sebagai sesuatu yang boleh dijual beli.

    Akibatnya, dia mungkin akan tergoda untuk menipu dan membohongi rakyat. Rasulullah bersabda: ''Tiada seorang hamba yang diberi amanah Allah untuk memimpin rakyat kemudian menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.''

    Apabila masyarakat lebih mementingkan kebendaan sehingga segalanya harus dibayar dan kemuliaan seseorang hanya diukur oleh berapa banyak harta yang dimilikinya, maka godaan yang paling besar bagi para pemimpin, birokrat dan mereka yang berada dalam lingkaran kekuasaan ialah harta.

    Para pemimpin atau wakil rakyat yang lemah imannya, nescaya akan mudah terperangkap dalam penjara hawa nafsu yang dibungkus dengan kata-kata indah, iaitu korupsi, kolusi dan nepotisme.

    Oleh itu seorang pemimpin tidak harus terpengaruh dengan kekuasaan yang dimiliki, sebaliknya berusaha menjadi pemimpin yang dihormati dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baik.

    Dalam soal ini apa yang dilakukan ialah Khalifah Umar Al Khattab seperti mana yang dipaparkan dalam cerita berikut boleh dijadikan teladan.

    Satu hari, selepas selesai mengimamkan solat Asar, Khalifah Umar bertanyakan mengenai seorang sahabatnya yang tidak datang.

    Dia diberitahu bahawa sahabat tersebut sedang sakit. Umar segera meluangkan masa menziarah sahabatnya itu.

    Sampai di rumah sahabat yang sakit tersebut, Umar mengetuk pintu memberi salam. Dari dalam sahabat berkenaan menjawab salam dan bertanya: ''Siapa di luar?'' Umar menjawab: "Umar bin Khattab." Mendengar yang datang adalah Amirul Mukminin, sahabat tersebut terus bangun dan segera membuka pintu.

    Melihat keadaan sahabatnya itu, Umar bertanya: ''Kenapa engkau tidak bersolat berjemaah bersama kami? Sedangkan Allah telah memanggilmu dari langit yang ketujuh, tetapi engkau tidak menyambutnya! Sedangkan panggilan Umar bin Khattab membuatkan kau gelisah dan ketakutan?"

    Hikmah di sebalik peristiwa ini ialah, pertama, seorang pemimpin yang baik bukan semata-mata berasa cukup dengan kesolehan dan ketakwaan dirinya, tetapi dia juga berasa bertanggungjawab untuk mengajak mereka di bawah tanggung jawabnya untuk menjadi soleh.

    Kedua, pemimpin yang soleh tidak akan pernah berasa bangga dengan penghormatan yang diberikan oleh orang bawahannya. Dia tidak mahu mereka hanya mengikut apa sahaja katanya biar pun apa yang dilakukan adalah salah.

    Jika itu berlaku maka terjadilah apa yang disumpahkan Allah dalam surat Al-Ashr bahawa mereka semua akan berada dalam kerugian. Itulah sebabnya ketika seorang sahabat melarang sahabat lainnya kerana terlalu sering menegur Khalifah Umar dengan ucapannya: ''Takutlah kepada Allah, hai Umar''. Ternyata teguran itu justeru disokong Umar sendiri. Umar berkata: ''Biarkan dia mengatakannya. Kalau orang-orang ini tidak menegurku sedemikian, maka mereka menjadi tidak berguna dan jika aku tidak mendengarkannya, maka aku bersalah.''

    Oleh itu kepada mereka yang bergelar pemimpin dan keluarga mereka sedarilah tanggungjawab yang ada di bahu mereka. Janganlah ingat apabila kita berkuasa dan berpengaruh kita boleh melakukan apa sahaja.

    Janganlah memperdayakan rakyat dengan mainan politik kita kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Mungkin demi kepentingan politik dan berebut kekuasaan, kita rela melakukan apa sahaja tetapi percayalah hasrat untuk berkuasa dengan menggunakan kepalsuan sebagai senjata tidak akan bertahan lama.

    Akhirnya, pemimpin seumpama itu pasti akan kecundang, kesudahannya dia bukan sahaja akan mengalami kerugian di dunia tetapi juga akhirat.

    Begitulah juga dengan keluarga mereka, janganlah kerana ada ahli keluarga kita pemimpin yang berkuasa, kita berasaskan boleh melakukan apa sahaja.

    Ingatlah seseorang pemimpin itu berada di tampuk kekuasaan berikutan sokongan rakyat dan sokongan tersebut diberikan demi kesejahteraan mereka bukan untuk diri pemimpin atau keluarga pemimpin berkenaan.

    Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''

    PENULIS ialah Pendakwah Bebas

    Allah beri ganjaran bagi setiap kebajikan


    Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

    p

    Sheikh Sya'rawi berkata: Allah SWT telah menggariskan bagi kebenaran tanpa menyebut kesemuanya. Ada di kalangan mereka mempunyai fikrah iman dengan rasul, fikrah iman dengan al-Quran dan ada yang beriman dengan kesemuanya kerana itu daripada keadilan Allah, memisahkan antara mereka yang ada iman dan mereka yang kekal dengan kekufuran.

    Ayat ke-113

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).

    Sebab Nuzul

    Ibn Abbas menyatakan sebab turun ayat ini kerana Abdullah bin Salam dan kumpulannya memeluk Islam lantas pendeta Yahudi berkata: "Tidaklah beriman dengan Muhammad kecuali orang-orang kita."

    Iktibar dan fiqh ayat

    i. Perkataan umat yang berdiri mempunyai tiga tafsiran:

    l Adil. Inilah pendapat al-Hasan dan Ibn Juraij.

    l Mentaati Allah SWT. Inilah pendapat al-Sidiq.

    l Tetap atas urusan dan perintah Allah SWT. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Qatadah dan al-Rabi'.

    ii. Maksud membaca ayat-ayat al-Quran sepanjang malam ialah:

    l Banyak masa di waktu malam. Inilah pendapat al-Hasan dan al-Rabi'.

    l Di tengah malam. Inilah pendapat al-Suddiq.

    iii. Sheikh Mutawalli al-Sya'rawi menjadikan penutup ayat 113 di atas sebagai bukti bahawa yang dimaksud adalah orang-orang Yahudi yang telah memeluk agama Islam..

    Ini kerana orang-orang Yahudi tidak mengenal solat malam. Dengan solat membuktikan mereka telah masuk Islam kerana hanya umat Islam yang mengenal solat malam.

    iv. Hamka berkata: "Dan kita dapat menghargai pegangan mereka. Meskipun kita berpendapat kitab-kitab mereka telah bercampur aduk namun ayat yang asal dan tulen masih ada.

    "Kita perhatikan dalam kitab Zabur dan Mazmur, ada ayat, doa dan munajat kepada Tuhan yang mendatangkan kekhusyukan bagi mereka apabila dibaca tengah malam dalam suasana sepi dan sunyi sehingga hati begitu dekat dengan Tuhan".

    v. Al-Sonhadji berkata, setelah Allah SWT menerangkan sifat-sifat orang yang fasiq dan keburukan pekerti mereka maka Allah telah menyatakan pula sifat-sifat orang mukmin:

    i. Ahli Kitab itu ada sekumpulan yang lurus (adil) tidak menganiaya seseorang atau menyalahi agama.

    ii. Mereka membaca al-Quran dan solat tahajud.

    iii. Dikhaskan sebutan sujud kerana di antara rukun-rukun sembahyang yang menandakan khusyuk dan tunduk terhadap Allah SWT.

    Ayat ke-114

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

    Iktibar dan fiqh ayat

    i. Al-Alusi berkata: "Allah mengkhususkan dengan hari Akhirat untuk menzahirkan percanggahan dengan orang Yahudi sekalipun mereka mendakwa beriman tetapi mengkufurkan sebahagian kitab dan rasul".

    ii. Al-Maraghi berkata: "Digunakan perkataan sur'ah dan bukan perkataan 'ajalah kerana perkataan yang pertama ini mendahulukan sesuatu yang wajar didahulukan lagi terpuji, dan perkataan yang berlawanan dengannya adalah menunda. Sedangkan perkataan 'ajalah bererti mendahulukan sesuatu yang tidak patut didahulukan (tergesa-gesa)".

    iii. Hamka berkata: "Tuhan membuka mata kita untuk bersikap adil dan menghargai orang lain. Ini kerana masih terdapat orang-orang yang baik walaupun menganuti agama yang lain".

    iv. Al-Sonhadji berkata: "Allah SWT menyebutkan sifat mereka selanjutnya: Mereka percaya kepada Allah SWT dan hari kemudian dengan cara yang diredai Allah berbeza dengan kepercayaan orang Yahudi.

    "Mereka menyuruh berbuat makruf dan melarang kepada perkara yang mungkar dengan melengkapkan diri dengan ilmu amal. Bersegera melakukan perkara-perkara kebaikan dengan tidak melambat-lambatkannya dan bermalas-malasan. "Hanya orang yang banyak alasan untuk mengerjakan kebaikan mempunyai hati yang sakit dalam diri mereka".

    Ayat ke-115

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

    Iktibar dan fiqh ayat

    i. Ibn Kathir berkata: "Allah sekali-kali tidak mengabaikan balasan tetapi membalas dengan secukupnya bahkan sebanyak-banyaknya kepada yang melakukan kebaikan".

    ii. Sheikh Sya'rawi berkata: "Allah membalas dengan adil tanpa sebarang kecuaian. Justeru, kebaikan yang dilakukan oleh manusia sekalipun tidak diketahui oleh manusia atau diingkari sedangkan Allah Maha Mengetahui terhadap orang yang bertakwa".

    iii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT akan menurunkan ganjaran kepada mereka yang beramal, menurut keadaan mereka yang hanya diketahui Allah SWT, dan sesuai dengan niat yang terkandung di hati mereka.

    "Barang siapa yang memiliki iman yang benar dan bertaqwa kepada Allah SWT sudah pasti akan berhasil memperoleh kebahagiaan.

    "Ayat ini merupakan dalil seperti sebelumnya kerana tidak adanya pemberian pahala terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang baik. Kemungkinan besar kerana lupa atau kerana tidak tahu.

    "Walau bagaimanapun, sifat ini tidak wajar terjadi pada Allah SWT sebab Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Atau boleh jadi Dia tidak memberikan pahala itu kerana Dia tidak mampu memberi, atau kikir, atau dia sendiri memang memerlukannya".

    iv. Sheikh Muhammad Thair Ibn 'Asyur, majoiti ulama membaca ayat di atas dengan wa ma taf'alu, yakni apa sahaja yang kamu kerjakan. Berbeza dengan bacaan imam-imam qiraat Hamzah, al-Kisa'i dan Hafsh yang membacanya wa ma yaf'alu yang terjemahannya apa saja yang mereka kerjakan.

    v. Hamka berkata: "Kalau iman dalam hati nescaya ayat ini mempengaruhi untuk berbuat amal dan kebajikan. Sedangkan ahli Kitab belum percaya kepada risalah dan nubuwah Muhammad SAW, belum mengenal al-Quran dan berdoa kepada Tuhan dengan isi kitab Mazmur".

    Semoga kita menjadi orang yang beriman, melakukan amal makruf nahi munkar seterusnya berlumba dalam melakukan kebajikan. Amin

    Monday, August 24, 2009

    Mendekati rahmat Allah untuk jaminan ke syurga

    KETENTUAN sama ada menjadi ahli syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Tiada makhluk yang boleh menjangkaui bidang kuasa tersebut.Hanya Nabi Muhammad SAW yang pernah dimaklumkan mengenai 10 sahabatnya yang bakal mengecapi kemuliaan itu. Hanya mereka diberi jaminan syurga sedangkan orang lain perlu bergantung kepada rahmat-Nya.Bagaimanapun al-Quran sebagai kitab pedoman sepanjang zaman telah menjelaskan dengan terperinci golongan yang bakal mendapat rahmat-Nya dan dipilih ke syurga. Pertama, mereka yang memelihara dan khusyuk dalam sembahyang. Ini adalah tugas berat yang memerlukan akidah dan keimanan untuk melaksanakannya. Seseorang itu perlu mengosongkan jiwa daripada perkara selain di samping berusaha meletakkan diri dalam situasi benar-benar sedang menghadap Allah SWT untuk mendapat khusyuk.Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mencadangkan supaya bersolat dengan memejamkan mata, menundukkan wajah ke tempat sujud, sembahyang di ruangan yang gelap dan berhampiran dengan dinding agar terhad pandangan. Elakkan daripada solat di jalanan atau kawasan tumpuan ramai untuk memudahkan khusyuk semasa solat. Kedua, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia. Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya, perkara itu meliputi perbuatan syirik dan maksiat kepada Allah SWT. Sehubungan itu, individu Muslim yang mendambakan syurga mesti berusaha menjauhi perbuatan syirik dan khurafat. Lebih membimbangkan, pada zaman ini terdapat segelintir umat Islam yang tidak kekok melakukan dosa malah berbangga kerana melakukannya. Ketiga, kita perlu membersihkan harta dengan menunaikan zakat. Kewajipan ini disyariatkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Ia juga berupaya mengurangkan jurang perbezaan miskin dan kaya.Amalan ini ada ketikanya sukar ditunaikan memandangkan naluri manusia yang cinta kepada harta. Oleh itu, nikmat syurga adalah balasan setimpal bagi yang sedia berkorban mengenepikan hartanya ke jalan Allah SWT. Perkara keempat ialah menjaga kehormatan diri. Ini termasuk berusaha agar tidak melakukan maksiat terutama menghampiri zina. Jika amalan ini dibiarkan berleluasa, ia akan memberi kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Lihat sahaja isu buang bayi yang tiada penghujungnya. Ia masalah kritikal umat Islam khususnya di negara kita yang memerlukan penyelesaian segera berpandukan ajaran agama.Kelima, golongan yang sentiasa menunaikan janji dan menjaga amanah. Ini adalah akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap individu Muslim. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah melabelkan golongan yang tidak punya sifat ini sebagai munafik. Ini berdasarkan sabda Baginda: "Tanda munafik itu ada tiga; apabila bercakap dusta, apabila berjanji dimungkiri dan apabila dipertanggungjawabkan dengan amanah dikhianati."Kegagalan umat Islam menghiasi diri dengan akhlak ini juga mengundang gejala rasuah yang jijik dan merosakkan negara secara umumnya. Sebagai kesimpulan untuk masuk syurga setiap individu muslim selayaknya mempereratkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah yang berkualiti, hubungan dengan sesama manusia melalui konsep amal ijtimai' dan memelihara kehormatan diri dengan mengelak melakukan hubungan terlarang yang menjatuhkan maruah Sandaran kepada pernyataan ini adalah firman Allah: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hambanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya". (Surah al-Mukminun ayat 1-11). Semua umat Islam diseru mengharap nikmat syurga dan terhindar daripada api neraka dengan berdoa memohon kepada Allah.Insya-Allah dengan mendekati Allah menerusi garis panduan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis, maka kita akan beroleh rahmat-Nya. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mendapat rahmat-Nya tetapi untuk mendapatkan rahmat itu, kita juga perlu mendekati dan mematuhi perintah-Nya.PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Johor Bahru

    forum kita....

    Followers

    There was an error in this gadget

    Blog Archive

    There was an error in this gadget