Sunday, December 18, 2011

Lukisan lama dunia Arab

Paintings by European artists of the late 19th century Orientalists.
Almost all the pictures full size.
Jean-Leon Gerome. Prayer in Cairo mosque of Amr ibn al-Asa

naked man=darvish or sufi

Arthur von Ferraris. Cairo merchant.


Jean-Leon Gerome. Woman in the Window


Ludwig Deutsch. Table


Ludwig Deutsch. Nubian dancers in Cairo


Antonio Fabres. Filling the lamp


Frederick Arthur Bridgman. Letter


Jean-Leon Gerome. Muezzin in Cairo.


Ambros Raphael. Cairo scribe


Gustav Bauerfaynd. The gatekeeper mosque


Jean-Leon Zherom.Cherny poet

Tuntutan Memelihara Lidah


Oleh : Mohd Rumaizuddin Ghazali

Walaupun lidah merupakan anggota zahir yang kecil bagi setiap insan tetapi ia tetap mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Sejarah membuktikan lidah mampu menimbulkan pelbagai sentimen yang menyebabkan manusia terus memburu dendam dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Jika tidak dikawal, lidah boleh membawa berlakunya pelbagai kejahatan.Justeru itu, memelihara lidah adalah sangat dituntut oleh Islam.Bahaya lidah yang tidak bertanggungjawab boleh mengugat keharmonian masyarakat dan keluarga, Beberapa banyak penaniayaan, keruntuhan rumah tangga, permusuhan dan pembunuhan berlaku hanya disebabkn oleh lidah.

Bagi orang yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, Islam menganjurkan bagi manusia untuk berdiam daripada mengucap perkataan sia-sia.

Nabi Muhmmad pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai jalan selamat, ajaran Islam sejak mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menutur percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah lebih utama bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh ajaran Islam.

Rasulullah pernah ditanya tentang sebesar-besar perkara yang menyebabkan manusia masuk neraka. Lalu baginda meyebutkan dua perkara iaitu mulut dan kemaluan. Yang dimaksudkan mulut adalah bahaya lidah. Anas bin Malik pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah yang menyebutkan bahawa tidaklah teguh seorang hamba sehingga teguh hatinya, dan tidaklah teguh hatinya sehingga teguh lidahnya, Dan tidak masuk syurga, orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatannya. Oleh itu, Islam menganjurkan kata-kata yang memberi faedah atau diam kerana kesalahan anak Adam yang paling banyak itu pada lidahnya.

Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk.

Sabdanya yang bermaksud :

“Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar.

Firman Allah yang bermaksud ;

“Tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf, ayat 18)

Antara bahaya lidah adalah berkata tentang sesuatu yang tidak penting kerana ia mensia-siakan waktu dan menyebabkan dirinya dihitung. Modal seorang manusia adalah waktu-waktunya. Apabila ia menggunakan untuk sesuatu yang tidak penting dan bernilai, nescaya ia telah mensia-siakan modal pokoknya. Kerana itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“ Termasuk dalam kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yng tidak penting baginya.” (riwayat Turmizi dan Ibn Majah)

Pengertian ‘meninggalkan sesuatu yang tidak penting baginya’ adalah diutamakan di dalam perkara meninggalkan percakapan yang sia-sia atau yang tidak berfaedah aau meninggalkan percakapan yang boleh menyebabkan terjadinya fitnah dan permusuhan. Termasuk perkataan yang tidak penting adalah menanyakan kepada seseorang tentang sesuatu yang tidak penting atau memanjangkan perbicaraan dan kata-kata dengan maksud agar kelihatan lebih akrab atau sekadar mengisi masa lapang dengan menceritakan hikayat-hikayat yang tidak memberi manfaat kecuali sekadar mengubah suasana hening.

Berlebihan dalam bicara juga termasuk daripada sifat tercela. Ia bermaksud menambah perbicaraan melebihi kadar keperluan. Orang yang menganggap penting sesuatu perkara, maka ia menyebutkan dengan perkataan yang ringkas dan padat. Apabila dengan sepatah kata sesuatu yang dimaksudkan telah diperolehi, maka kata yang kedua merupakan berlebihan. Walaupun perkataan yang berlebihan itu tidak dapat didefinisikan dengan sesuatu batasan, namun batasan yang pokok telah termaktub dalam firman Allah yang bermaksud :

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara mereka.” (Al-Nisa’, ayat 114)

Antara bahaya lidah juga ialah mengeluarkan perkataan yang batil dan keji seperti membincangkan urusan maksiat, menceritakan kisah-kisah lucah, tempat-tempat minuman keras dan tempat orang-orang fasiq. Perkara tersebut perlulah dihindari oleh umat Islam. Di samping itu, pertengkaran juga termasuk perbuatan tercela yang biasanya terjadi akibat perdebatan dan perbantahan. Keburukan perdebatan dan bantahan itu kerana ia rasa untuk menampakkan ilmu dan kelebihan diri dan rasa untuk menjatuhkan orang lain dengan menampakkan kekurangan lawannya. Apatah lagi sekiranya berlaku di kalangan cerdik pandai kerana perdebatan merupakan saat bodohnya orang alim dan di saat itu syaitan mengharapkan tergelincirnya. Rasulullah sering mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud :

“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)

Orang Islam sentiasa memelihara lidah dengan menjauhi perkataan keji. Diriwayatkan oleh Turmizi bahawa nabi bersabda yang bermaksud :

“Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
Islam juga melarang seseorang itu mengutuk dengan menggunakan perkataan laknat, kemurkaan Allah dan neraka jahanam. Tdaklah sesuatu bangsa dan kaum yang kutuk mengutuk melainkan mereka akan menangung akibat perkataannya. Mengutuk kepada binatang juga adalah tercela. Nabi pernah melalui satu tempat dan mendengar seorang wanita sedang mengutuk untanya, lalu Rasulullah melarang perkara tersebut. Berdasarkan penyataan di atas, Islam sama sekali melarang umatnya mengutuk orang lain walaupun dalam apa jua keadaan kerana ia akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain berbuat fasiq atau kufur tanpa ada bukti. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“ Tidaklah seseorang menuduh kafir kepada orang lain dan tidaklah ia menuduhnya dengan kefasikan melainkan tuduhan tersebut kembali kepada dirinya kalau temannya tidak seperti apa yang dituduhnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini melarang orang Islam mengkafirkan orang lain padahal ia mengerti bahawa orang tersebut orang Islam. Sekiranya orang itu melakukan bidah atau maksiat, maka perkara itu bukan termasuk dalam kategori mengeluarkannya daripada agama Islam. Rasulullah juga melarang orang Islam memaki orang yang telah mati. Bagi orang yang telah meninggal dunia perlulah menyebut kebaikan-kebaikan yang ada padanya.

Dalam ajaran Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke dalam neraka seperti kata-kata yang membawa kukur seperti menghina Allah dan para nabi. Ajaran Islam mernhendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiayaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memelihara lidah dan tangannya. Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”

Dari perspektif ajaran Islam, percakapan yang baik adalah percakapan atau perbualan yang membawa kepada mengingat Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.Oleh itu, umat Islam perlu memelihara lidahnya dari melakukan perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Jalan selamat dalam memelihara lidah adalah membanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan mempelajari ilmu. Dengan itu, lidah akan mengangkat seseorang itu menjadi mulia dan membawa kejayaan kepada tuannya apabila digunakan pada jalan yang betul dan benar.

Tipu Daya Syaitan

SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

"Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku."


Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. "Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya."

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: "Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi."

Balas Syeikh Abdul Kadir: "Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku."

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui." (al-Alaq: 1-5)

Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

"Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra' sebanyak dua kali," katanya.

Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

"Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

"Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

"Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru," katanya.

Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

"Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

"Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang.

"Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.

"Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.

"Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah," katanya.

Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah.

Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: "Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan."

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali. Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus

Tulus atau `transparent` merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita. Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta. Prinsip tulus ialah "berkata benar walaupun pahit". Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

2. Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

3. Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

4. Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

5. Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati). Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

6. Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

7. Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

8. Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

9. Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

10. Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a'lam.

Hati Rosak dan Ubatnya

selatanonline
Kiriman cermin_muka

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Antara tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.


2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.


3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.


4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.


5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.


6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.


7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.


Tanda-tanda hati yang rosak


1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.


2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.


3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.


4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.


5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.


6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.


7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.


9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.


10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit hati


1) Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).


2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.


3) Hasad dan dendam kesumat.


4) Sombong, bangga diri dan ego.


5) Bohong dan berputus asa.


6) Cinta mendalam kepada selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.


Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.


10) Belot dan khianat.


11) Suka memaki hamun orang lain.


12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.


13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.


Kaedah rawatan penyakit hati


a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.


b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.


c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.


d) Khusyuk dalam solat.


e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.


f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.


g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.


h) Beriktikad dengan akidah yang betul.


i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.


j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.


k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.


l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.


m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.


n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.


o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.


p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.


q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.


r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.


Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.

sumber

Posted by tok_aji

SYAITAN & SYAITAN MANUSIA

SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan.Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir "original" sekalipun azan di kemundangkan.

Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dasyatnya oleh syaitan dan syaitan manusia.Serangan syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat.Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia dari setiap penjuru hidup, dari depan ,dari belakang, dari kanan, dan dari kiri.Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A'raf Ayat 16-17 yang bermaksud, "Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada) jalan Mu yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur".

Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun.Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya.Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan.Dan pada akhir zaman serangan nya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya mansuia syaitan yang saya sebut tadi.

Bahaya syaitan tidak mudah di lihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.Iblis pernah bersumpah saperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud," Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya)."

Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:

  1. Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
  2. Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
  3. Mengajak manusia kearah kehancuran,kebinasaan dan perpecahan.
  4. Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
  5. Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
  6. Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
  7. Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
  8. Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
  9. Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
  10. Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
  11. Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.

Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya.Di antaranya adalah saperti berikut:

  1. Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman.Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
  2. Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
  3. Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
  4. Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
  5. Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
  6. Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
  7. Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
  8. Menyemai sifat hasad dan dengki
  9. Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
  10. Rasa kagum dengan diri sendiri
  11. Sifat bakhil
  12. Sifat takabur

Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil.Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia,syaitan dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik.Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.

Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan dan syaitan manusia.


Wallahu'alam.

Saturday, August 13, 2011

ASAL USUL SOLAT


SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

    • Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
    • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

    • Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
    • Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
    • Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
    • Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

    • Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
    • Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
    • Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
    • Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

    • Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
    • Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
    • Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

    • Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
    • Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
    • Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
    • Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk
tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah,
berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... . kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


"AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS "

"Allah tidak akan mengubah nasib umat manusia, melainkan mereka yang mengubahnya sendir
Powered By Blogger

forum kita....

Followers