Saturday, January 16, 2010

Berbuatlah Sesuatu Perkara Dengan Penuh Fikir Dan Zikir



SEBAIK-BAIK amal dan perbuatan adalah dengan menjaga syariat kehidupan dan syiar agama itu sendiri kerana ianya lepas dari segala macam fitnah kehidupan.

Selesaikan sesuatu masalah itu dengan cara mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.

Do'a Anak yang soleh terhadap Orang Tua

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh berbicara terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan berbicara dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan bertetangga dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawaban, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat yang dituju.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berhasil bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak langsung melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam kamar dan melakukan sesuatu di dalam. Tidak lama kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu digendongnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Ada apa ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian diantar lagi ke dalam kamar. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.. Babi itu kemudiannya diantar lagi ke kamar.
Setelah selesai barulah dia melayani Nabi Musa. Nabi Musa bertanya "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Agama ku Tauhid", jawab pemuda itu yaitu agama Islam. "Mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah orang tua kandungku. Oleh kerena mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah merubah wajah mereka menjadi babi yang buruk rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Setiap hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku seperti yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampuni. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia kembali, tetapi Allah masih belum mengabulkan.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "'Wahai Musa, inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya. Orang tuanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang artinya: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua orang tuanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa orang tua yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada orang tuanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan orang tua kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau seburuk apapun perangai kedua orang tua kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak sekali dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua orang tua kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tuanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para orang tua di alam kubur.

Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran uang, tetapi sayang seorang anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Amin

Orang Melayu Boleh Berjalan Kaki Ke Mekah




Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, ilmu batin, bela jin dan jembalang aje. Pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. MalaysiaSensasi kali ini akan membawakan anda satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki.

Namanya ialah HJaji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an.


Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab.


Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong..


Selepas beberapa tahun, barulah beliau pulang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1940 Haji Said pulan ke Sumatera, di sana beliau dikatakan telah membina sebuah masjid yang diberi nama Istiqamah. Akhirnya pada tahun 1978 beliau telah meninggal dunia ini untuk selama-lamanya - Al-Fatihah: MalaysiSensasi

Read more: http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/01/orang-melayu-boleh-berjalan-kaki-ke.html#ixzz0cjQMoWNb

Saturday, January 9, 2010

Wanita Ciptaan Istimewa



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang
lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai
untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah
beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

Ferrari TuNero


TuNero.jpgTuNero.jpg
44K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
42K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
39K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
48K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
38K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
37K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
33K View Download
TuNero.jpgTuNero.jpg
39K View Download
TuNero.jpg

Rahsia tapak tangan

Sakitnya Mati


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Hati mudah berubah, iman turun dan naik...



Bersama Dr Juanda Jaya

RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

# Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

# Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

# Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Tok Kenali



tokkenali1watermark2


Tok kenali adalah merupakan seorang tokoh ulama, guru, tokoh pembangunan pemikiran islam di rantau sini.di awal abad ke 20an.beliau seorang alim rabbani hidupnya banyak berpandukan ALQuran dan sunnah. seorang yg memilih hidup sederhana dan juga seoarng wali keramat.

Beliau di lahirkan pada tahun 1870, dengan nama Muhammad Yusof, Bapanya seorangpetani bernama Ahmad, manakala ibunya seoarng wanita yg bersopan bernama Fatimah. bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 5 tahun.Beliau telah di besarkan dan didik dengan ilmu alquran oleh datuk nya iaitu Encik Salleh ( tok leh ), tok kenali telah menyambung pelajaranya ke masjid besar Al Muhammadi di kota bahru dan juga di tempat2 pengajian lain di negeri serambi meka itu dalam pelajaran bahasa arab, nahu,saraf juga pengetahuan agama.

Kebolehan beliau dalam menuntut ilmu amat luar biasa beliau telah khatam Al Quran di usia muda dan boleh menulis dan membaca..sehingga kan di usia 7 -8 tahun beliau telah dipilih bekerja di pejabat penggawai daerahnya sebagai kerani.

Menjelang umo 18 tahu beliau telah melanjutkan pelajarannya ke tanah suci. Pemergian nya ke tanah suci telah di sumbangkan sbyk RM50 oleh kawan2nya dan RM22 oleh ibunya..kesukaran tok kenali di rantau org tidak dapat digambarkan selama 7 bulan beliau hanya menginap di serambi masjidil al haram, hanya dapat berehat dan tidur sesuku malam.

Tok kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab.disamping itu juga terpaksa membaca di kedai2 kitab denganmeminta izin tuan kedai terlebih dahulu untk membaca dan menatap kitab2 dengan cermat sekali.
kita2 wakaf di dalam mesjid juga di gunakan untuk memahami kuliah2 gurunya.

tok kenali telah pulang ke tanah air setelah 22 tahun menimba ilmu di tanah suci ..beliau kembali pada tahun 1909, beliau telah berbakti mengajar ilmu di masjid besar kelantan..murid2 dari seluruh kelantan bahkan dari luar negara juga berderet2 dtg untuk menimba ilmu bersama tok kenali

Kemasyuran tok kenali telah menarik segenap pelajar dari seluruh negara..ada yg telah bergelar ustaz..khadi dtg menimba ilmu dgn tok kenali. tok kenali sungguh banyak jasanya dalam penyebaran ugama islam di kelantan bahkan di rantau asia tenggara. Setelah 65 tahun menyedut udara di dunia ini, tok kenali telah kembali kerahmatullah pada 19 november 1933, keringat tok kenali di dalam penyebaran dan cinta beliau di dalam ilmu telah melahirkan ramai pengarang-pengarang buku agama yg termasyur kesemuanya adalah anak murid tok kenali.

Anak2da beliau juga telah terus mengembangkan usaha tok kenali

1.Al mahrum haji ahmad tok kenali -guru agama di pondok tok kenali dan juga guru agama di beberapa surau di kelantan

2.Hj mahmud,, wakil syaikh haji, makkah

3.Haji mohd salleh tok kenali -guru ugama di kota mekah dan seoarng pengarang buku2 ugama, beliau mendirikan darul islah iaitu satu persatuan perhimpunan kaum muslim dari tanah melayu, pattani, kemboja.indonesia dan lain

4.haji abdullah zawawi. lulusan kuliah syariah mekah, menjadi pengetua sekolah2 menengah di kerajaan arab saudi dan nigeria


Semoga ALLAH merahmati setiap apa yg di tinggalkan oleh wali ALLAH ini

Mabuk Dalam Cinta


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang...


Body:

Photobucket



SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHI LAGI MAHA SAYANGI TERHADAP HAMBA HAMBA NYA YANG BERIMAN KEPADA NYA .
ISLAM AGAMA KASIH SAYANG SESAMA UMAT MANUSIA DI ALAM SEJAGAT RAYA DI DUNIA INI .


Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang...


Para sahabat yang ku cintai, kali ini kita akan memundurkan waktu sejenak dan melihat apa yang terjadi pada diri kita tatkala kita berada di dalam RAHIM ibuda kita. Sungguh begitu Agungnya Sang Ilahi membentuk, menjaga dan memelihara diri kita. Kasih Sayang-Nya meliputi seluruh alam semesta. Sungguh Engkau-lah Tuhan kami Yang Maha KasihSayang Ya Rob’bi .


T.q.. Allah swt .

RAHIM wanita itu bahasa arab wahyu dengan makna kasihSayang Allah swt terhadap manusia yang ia ciptakan. RAHIM juga ada lah salah satu NAMA Allah swt .Bergitu Lah mulia Nya wanita di isi Allah swt Bila mana suami isteri bersatu tubuh badan Nya yang dua menjadi SATU dengan penuh kasihsayang untuk mendapat zuriat yang TERSAYANG .

Sahabatku, foto-foto di bawah ini memperlihatkan proses apa saja yang terjadi pada sang janin kita hingga pada akhirnya kita menjadi seorang manusia pada hari ini . Prosesnya dijelaskan secara bertahap dimulai dari minggu ke 8. Mari Sahabatku kita mulai perjalanan ini.

“Saya mulai Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Ingatan Allah swt kepada kita Manusia yang masih hidup ini ,

“Dialah yang membentuk kamu didalam RAHIM ibu mu sebagaimana dikehendaki- Nya.
Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah Ali- Imran Ayat 6


Photobucket






Photobucket


Dimulai pada minggu ke 4-8:

Terjadi pembentukan awal embrio diri manusia yang sudah memiliki sistim vaskuler (peredaran darah). Jantung janin mulai berdetik, dan semua organ tubuh lainnya mulai terbentuk. Muncul tulang-tulang wajah, mata, jari kaki, dan tangan.



Pada fasa ini pun sudah terbentuk jantung degutan yang terdiri dari dua selaput tipis. Selaput ini berisi air degutan tempat bayi terapung di dalam rahim. Air degutan akan menjaga bayi dari cedera akibat benturan dari luar selama masa kehamilan.


Photobucket


Pada minggu ke 8-12:

Organ-organ tubuh utama janin kita telah terbentuk.. Bentuk kepalanya pun kini lebih besar dibandingkan dengan badannya, sehingga dapat menampung otak yang terus berkembang dengan pesat. Ia juga telah memiliki dagu, hidung, dan kelopak mata yang jelas. Di dalam rahim, janin kita mulai dapat melakukan aktifitas seperti menendang dengan lembut Nya .

Pada minggu ke 12-16:

Paru-parunya janin mulai berkembang dan detak jantungnya dapat didengar melalui alat ultrasonografi (USG). Wajahnya mulai dapat membentuk ekspresi tertentu, dan di matanya mulai tumbuh alis dan bulu mata.. Kini ia dapat memutar kepalanya dan membuka mulut. Rambutnya mulai tumbuh kasar dan berwarna. Bahkan kakinya pun sudah tumbuh lebih panjang dari tangannya.


Photobucket

Pada minggu ke 16-20:

Hidung dan telinga tampak jelas, kulit merah, rambut mulai tumbuh, dan semua bagian sudah terbentuk lengkap. Pembuluh darah terlihat dengan jelas pada kulit janin kita yang tipis.... Tubuhnya ditutupi rambut halus yang disebut lanugo.. Si kecil kini mulai lebih teratur dan terkoordinasi dan beraksi terhadap suara ibunya.

Pada minggu ke 20-24:

Pada saat ini, alat kelaminnya mulai terbentuk, cuping hidungnya terbuka, dan ia mulai melakukan gerakan pernapasan. Pusat-pusat tulangnya pun mulai mengeras. Selain itu, kini ia mulai memiliki waktu-waktu tertentu untuk tidur..



Berkat teknologi 3D Ecography, kita boleh melihat sang janin kita dengan jelas, bahkan jelas wajahnya.



Photobucket

Pada minggu ke 24-28:

Di bawah kulit, lemak sudah mulai menumpuk. Di kulit kepala rambut mulai bertumbuhan, kelopak matanya membuka, dan otaknya mulai aktif. Ia dapat mendengar sekarang, baik suara dari dalam maupun dari luar (lingkungan) . Ia dapat mengenali suara ibunya dan detak jantungnya bertambah cepat jika ibunya berbicara.


Photobucket

Pada minggu ke 28-32:

Walaupun gerakannya sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkedip akibat melihat cahaya melalui dinding perut ibunya... Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. Si kecil kini sudah terbentuk dengan sempurna.

Pada minggu ke 36:

Sang bayi kerap berlatih bernafas, mengisap, dan menelan.. Rambut-rambut halus di sekujur tubuhnya telah menghilang dan badannya menjadi lebih bulat. Bayi yang dikandung oleh sebagaian wanita yang hamil untuk pertama kalinya akan mengalami penurunan, yaitu turunnya kepala ke rongga panggul (bayi sudah “turun”).

Pada minggu ke 38:

Kepalanya telah berada pada rongga panggul, siap untuk dilahirkan. Hal tersebut menunjukkan bahwa waktu persalinan sudah dekat. Kini, sang bayi seolah-olah “mempersiapkan diri” bagi kelahirannya ke dunia.




Pada minggu ke 40 [9 Bulan]:

Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya.
Ia tidak mengetahui bahwa sesaat lagi ia akan meninggalkan “rumah”nya untuk melewati proses terbesar dalam kehidupannya yaitu KELAHIRAN Nya itu ! Walaupun proses ini menyakitkan bagi sang ibu dan sang bayi tetapi melalui hal inilah…

KEAJAIBAN KEHIDUPAN TERJADI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI SANG IBU DAN AYAH !



Photobucket


Ini lah alam ke dua yang di lalui oleh kita manusia ini ..yang mana kita mempunyai 5 alam semua Nya dengan 5 solat sehari semalaman .

5 Alam :
1 . Alam roh .alam mula mula kejadian Nyawa kita

2 . Alam yang kita bicara ini .alam rahim atau kandungan .

3. Alam Dunia yang kita hidup sekarang ini yang mana kita sudah mula lalai dan lupa kepada Allah swt yang mengcipta kita dengan kita meninggalkan buku novel Al-Kitab Allah swt Al-Quran yang berbahasa arab wahyu yang huruf Nya bermula dari kanan sebagai bahan kehidupan seharian kita .

4 .Alam kubur atau barzakh .semasa mati kita esok hari .

5. Alam yang mana kita semua akan dikumpul kan semua Nya yang dipanggil alam padang masyar .Bila mana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah swt pada satu hari nanti yang kita nama kan kiamat

Photobucket


5 waktu solat sehari semalam .

1 subuh . Roh Nyawa kita mula di ciptakan

2 zohor . waktu di alam rahim

3 Asar . Waktu menuju kepetang dan akan menghadapi malam .Waktu hidup di Dunia ini dan kita akan mati Subuh hingga Asar itu lah waktu hidup kita di atas Dunia ini yang sebenar nya .Kata kita mula dilahirkan dan mati umor kita 99 tahun .waktu ini pada kiraan Allah swt ada lah subuh hingga ke Asar sahaja Bergitu pendek sekali ..Kerana 1000 tahun kita hidup di dunia bagi Allah swt baru 1 hari .

Sebab itu turun Nya surah al – Asari Ayat 1 – 3 ,
Allah swt Ingat kan kita supaya jangan lupa dan lalai kerana hanya 4 manusia sahaja yang tidak rugi di dalam kehidupan Nya di dunia ini .

Firman Allah swt kepada kita yang masih hidup Lagi ini dengan Sumpah Nya ,

“ Aku bersumpah Demi watu Asar “

Sesungguh Nya manusia itu di dalam kerugian melainkan 1 mereka yang beriman pada Allah dan Rasullilah saw .2 mereka yang taat setia pada Allah yang berbuat banyak kebaikan yang soleh dan solehah .3 mereka yang bercakap benar kerana Allah dan 4 mereka yang sabar kerana Allah .

4 Magrib .Waktu gelap malam .Ini Alam kubur kita

5 Isyak .Malam hari hingga kepagi .Ini alam padang masyar .Perbanyak kan lah solat malam hari (.Kiam ' mun ' lai ).Semasa orang lain tidur kita bangun menggadap Rob’bi kita ,menggadu munajat dll .Insyallah Allah akan terang kan hati kita membuka hijab hati perasaan kita melihat segala kehidupan 5 alam yang di ciptakan ini untuk kuatkan keyakinan kita .

Maka terjadi lah kita berjaga solat malam 2 rakaat mereka tidur lena ..mereka jaga tapi mereka masih tertidur di dalam kehidupan mereka dengan lalai terlupa pada Allah swt (yakni mati hati perasaan mereka terhadap al-quran yang maha mulia maha suci lagi maha Agong .mereka tidak dapat fahami nya .Na’u’zubillah hi min zalit .) ,sedang kan kita masih terjaga membicarakan sesuatu kebenaran kerana mu rob’bi .

Sebab itu tiap tiap waktu solat kita membaca Surah Al-Fatihah .Ayat 2 .

Ingatan Allah swt supaya kita tidak lupa diri kita yang berbunyi ..
“ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam .

Surah Al-Fatihah Ayat 2 .

Photobucket

“ Ya Allah Ya Tuhan kami Selamatkan kami semua dari siksa kubur mu .

Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rob’bal’alamin

Sikap seorang muslim


Sikap seorang muslim apabila disebutkan kalimah Allah, akan menjadi takut dia kepada Allah. Takut kepada Allah diistilahkan sebagai taqwa. Orang yang takutkan Allah digelar Muttaqin. Adapun sebelum seseorang itu menjadi muttaqin, mestilah dia dikalangan orang yang beriman dahulu. Orang yang beriman digelar mukmin. Mukmin pula mestilah di kalangan orang yang menerima Islam sebagai cara hidupnya. Orang Islam digelar muslim. Tidak mukmin seseorang itu kalau dia bukan Muslim. Seseorang itu tidak dikira muttaqin jika dia bukan Mukmin. Iman itu percaya dan ta’at dengan sebenar-benarnya akan perintah Allah Ta’ala. Taqwa pula takut dia untuk melakukan larangan Allah dan takut dia jika tidak melakukan apa yang Allah suruh keatas dia. Jelas di sini iman dan taqwa tidak boleh dipisahkan. Hanya manusia yang takut saja akan ta’at perintah tuhannya. Sebab itulah apabila mereka ini diserukan nama Allah kepada mereka, mereka menjadi gentar dan takut, kerana merasa dirinya seperti ada arahan Allah yang dia tidak laksana dan larangan Allah yang dia kerjakan. Seperti mana firman Allah Ta’ala :
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ
وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.”(Surah Al-Anfaal : ayat 2) Namun disana ada lagi satu spesis manusia yang muslim tetapi tidak mukmin. Manusia spesis ini hanya mengaku dirinya muslim tetapi di dalam hati sanubarinya tidak takut kepada arahan Allah. Mereka hanya menyatakan bahawa mereka juga adalah pejuang agama, pejuang Islam, berjuang mempertahankan Kalimah Allah, namun malangnya, mereka hanya mempertahankan lafaz bukan makna. Mereka hanya menyatakan keIslaman dan keimanan di lidah namun ingkar dihatinya. Perbuatan enyembunyikan kufur dan menzahirkan dipanggil nifaq. Orang yang melakukan perbuatan nifaq dipanggil Munafiq. Bahkan Allah menurunkan satu surah khusus dinamakan Surah Al-Munafiqun. Ia menunjukkan betapa antara musuh di kalanga masyarakat Islam ialah munafiq. Ianya tidak mustahil, kerana Allah telah membongkar isi hati mereka yang sebenar di dalam kitabnya yang maha lengkap. Sepertimana firman Allah :
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ
“Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman” .( Surah Al-Baqarah : ayat 8) Orang yang takut kepada sesuatu adalah orang yang kenal kepada benda yang dia takuti. Semua orang tahu dan kenal sifat dan perangai Harimau dan Kucing. Sebab kenal dan tahu sifat harimaulah seseorang itu takut untuk ke hutan. Ada orang ingat kucing sifatnya makan orang macam harimau. Jelaslah dia tidak kenal akan hakikat kucing itu. Jika dia kenal, dia tidak setakut itu. Orang yang takutkan Allah, maka dia mestilah kenal sifat-sifat Allah yang maha sempurna. Dia amat tahu betapa Allah akan memberi azab sebagai balasan ke atas perbuatan ingkar kepada Allah. Dan dia tahu betapa Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Kita ingin lihat apakah mereka yang sokong dan bantah ini, apakah benar-benar kerana mereka kenal akan Allah…? Atau bantah kerana semata-mata mahu mencipta sentiment yang boleh menjadi keuntungan politik perkauman mereka, atau menyokong sepenuhnya semata-mata mahu menjaga hati pengundi? Persoalannya ialah, apakah mereka yang membantah ini kerana mereka kenal akan segala sifat kesempurnaan bagi Allah yang wajib, mustahil dan harus bagi aqal kita sepertimana yang termaktub di dalam perbahasan-perbahasan ilmu tauhid..? Apakah mereka membantah ini atas kesedaran yang lahir dari aqidah tauhid mereka..? Sekiranya mereka benar-benar membantah atas kesedaran tauhid, maka kehidupan mereka mestilah tunduk dibawah arahan Allah dan Rasul-Nya. Iman dan taqwa memberi kesan dalam corak perjalanan hidupnya. Iman dan taqwa bukan sekadar di mulut yang melaungkan slogan dan bantahan sahaja. Iman dan taqwa itu mesti memberi kesan terhadap setiap tindak-tanduk, gerak-geri, sikap dan pemikiran seseorang itu, berdasarkan apa yang Allah gariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Adalah pelik apabila, seseorang itu, yang mana hidupnya dicorakkan dengan unsur penolakan arahan dan suruhan Allah, sedangkan Allah mengarahkan setiap yang beriman kepadanya untuk mempertahankan apa yang telah diwahyukan-Nya, dan dia selama ini tidak pernah patuh pun kepada-Nya, bukankah di sana ada percanggahan mempertahankan nama tuhan dalam masa yang sama menolak suruhan tuhan yang dipertahankan namanya. Bukankah pelik…??? Katakanlah seseorang itu amat meluat dan benci kepada si fulan, namun di hadapan orang lain di menafikan sikap meluat dan bencinya itu dan menaikkan nama si fulan itu. Kebetulan pula orang lain itu orang yang kenal baik dengan si fulan ini . Tidakkah di sana seperti ada sesuatu yang hendak dituntut dari orang lain atas perbuatannya itu sedangkan dia sendiri tidak suka kepada si fulan ini…??? Kerana itulah kita mesti berhati-hati dengan telatah mereka ini sebagaimana firman Allah :
يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ
“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar”( Surah Al-Baqarah : ayat 9) Membantah atas dasar mencipta sentiment perkauman sempit dan mencari sokongan manusia mukmin bukan perkara baru. Ia perkara lama yang diwarisi dari golongan munafiq lama oleh generasi munafiq baru. Perkara ini dapat dibuktikan dengan firman Allah :
وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ
قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ
“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman.” Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”( Surah Al-Baqarah : ayat 14) Kemudian Allah menegaskan :
ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ
“Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka”( Surah Al-Baqarah : ayat 15) Golongan munafiq yang berpura-pura membantah juga hanya bertujuan hendak merancang strategi baru menewaskan golonga-golongan pejuang mukmin yang muttaqin, juga mereka yang membela keadilan dan kebenaran bersama orang-orang mukmin. Mereka dengan penuh semangat melaungkan lafaz mempertahan kalimah Allah dan Islam, tetapi pada hakikatnya, selepas daripada itu, mereka mengambil kesempatan terhadap suasana ini untuk berbincang strategi baru untuk menjatuhkan Islam. Firman Allah :
وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ۬ فَإِذَا بَرَزُواْ مِنۡ عِندِكَ بَيَّتَ طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۡہُمۡ غَيۡرَ ٱلَّذِى تَقُولُ‌ۖ وَٱللَّهُ يَكۡتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ‌ۖ فَأَعۡرِضۡ عَنۡہُمۡ وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلاً
”Dan mereka (orang-orang munafiq) mengatakan: “(Kewajiban kami hanyalah) taat”. Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari (mengambil keputusan) lain dari yang telah mereka katakan tadi. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung” (Surah An-Nisaa’ : ayat 81) Dan ketika mereka bersungguh-sungguh memperlihatkan diri mereka sebagai pejuang agama dan mempertahankan kalimah Allah, ita akan melihat mereka keluar dengan penampilan seolah mukmin, malaungkan kalimah-kalimah suci sambil bertakbir. Namun malang, Allah Ta’ala telah memperingatkan kita betapa pada hakikatnya seperti sebatang kayu yang disandarkan di dinding sahaja. Pendirian mereka tidak kukuh, tidak kukuh sekukuhnya pohon yang tinggi bertunjangkan iman. Kekuatan iman dan aqidah mereka amatlah lemah, kerana hanya dengan sedikit gegaran, kayu yang bersandar itu pun tumbang menyembah bumi. Sebaliknya bagi mereka yang kenal sungguh-sungguh akan Allah, pastilah iman mereka kukuh, tidak akan tumbang walau sekuat mana gegaran yang terjadi. Firman Allah :
وَإِذَا رَأَيۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ أَجۡسَامُهُمۡ‌ۖ وَإِن يَقُولُواْ تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡ‌ۖ كَأَنَّہُمۡ خُشُبٌ۬ مُّسَنَّدَةٌ۬‌ۖ يَحۡسَبُونَ كُلَّ صَيۡحَةٍ عَلَيۡہِمۡ‌ۚ هُمُ ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡ‌ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ
“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka ini boleh berpaling (dari kebenaran)? ( Surah Al-Munafiqun : ayat 4) Dan demikianlah sikap dan pendirian sebenar golongan ini apabila tiba-tiba bangun mempertahankan Islam dan Kalimah Allah. Kerana ramai dikalangan mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan golongan mereka sahaja. Adapun bagi orang-orang yang beriman serta takut dan ta’at kepada perintahnya, mereka akan berpendirian betapa Kalimah Allah itu hanya layak dinisbahkan kepada segala sifat ke-Esa-an-Nya. Tidak tidak sama sekali boleh dinisbahkan kepada konsep-konsep ketuhanan yang sesat lagi bathil.
Powered By Blogger

forum kita....

Followers