Tuesday, September 29, 2009

The Tree



"

Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree"

Dalam filem itu, YAB Nik Aziz telah mengambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok.

Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang brgantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain. Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.

Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.

Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok. Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.

Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Saksikanlah filem itu...

15Malaysia : The Tree (YAB Nik Aziz)
http://www.ruumz.com/15Malaysia/"

Sunday, September 27, 2009

Tiga Perkara Kebaikan Dan Keburukan


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian
dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat
ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut
hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."

Riwayat Abu Syeikh

Huraian:

i) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :

a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat
dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan
itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan
atau ditimpa celaka dalam hidupnya.

b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada
diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak
yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam
menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih
sayang dalam masyarakat.

c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan
seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.


ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang
akan membinasakan manusia iaitu:

a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa
nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.

b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.

c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan
seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain
menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.


iii) Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga
dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah
sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke-
lambah kebinasaan.

Friday, September 25, 2009

Masjid tertua di Nusantara



Sejarah Awal:

Masjid Kampung Laut adalah salah sebuah masjid kayu yang tertua di negeri Kelantan dan juga di Malaysia.Dalam abad ke-18,Kelantan menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut bila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Lalu mereka bernazar jika jika kapal mereka selamat sampai kedarat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan disebelah timur Kampung Laut.

Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka.Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak,kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.

Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan.Pada akhir tahun 1967, tebing Sg. Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal yaitu berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam University Malaya.

Fungsi Bangunan:

Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun,hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula.

Sehingga terdapat beberapa bahan asal masih bolih di lihat di Masjid Kg. Laut Baru di tapak asalnya di Kg. Laut,Palekbang,Tumpat.Kini kolah asal yang diperbuat dari batu granite masih lagi boleh digunakan sebagai storage untuk jemaah mengambil wuduk. Asalnya terdapat 2 buah kolah,satu dapat diselamatkan dan satu lagi tenggelam dalam Sg. Kelantan.
Mimbar masjid masih digunakan sampai sekarang dan juga beduk.

Masjid Kg Laut pada masa dahulu. Rosak kerana hakisan banjir besar tahun 1967


Masjid Kg. Laut sekarang

Pada tahun 1970 Masjid ini telah letak bawah pengelolaan Perbadanan Muzium Negeri,ia bertindak sebagai dwi fungsi iaitu sebagai tempat ibadat bagi yang beragama Islam sehingga sekarang dan juga sebagai bahan sejarah sebagai Masjid Kayu yang tertua di Malaysia yang di anggarkan berusia lebih 300 tahun.

SeniBina Masjid:

Masjid ini mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan pada asalnya tidak menggunakan sebarang paku,potongan kayu dan buluh digunakan sebagai pasak.Pada asalnya, Masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kono di Champa.Pembinaan Masjid ini mengabungkan usur-unsur seni dan falsafah keugamaan pada bangunan.Rumah ibu bertingkat tiga dikaitkan dengan falsafah keTuhanan.Lapisan bawah diibaratkan penuh
kekotoran,makin keatas semakin bersih akhirnya menuju ke alam luas yang tidak terbatas terlepas dari segala bentuk dan ianya kembali kepada Allah S.W.T.

Thursday, September 24, 2009

HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W)

ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Semoga kita semua mendapat manfaatnya….


muslimgirld.jpgislam3.gif

HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W)

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel..'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us..

Pengurusan Jenazah


Jenazah Teringat pengalaman memandikan jenazah ibu sendiri kira-kira 15 tahun lalu bersama kakak dan adik perempuan saya. Teringat saya betapa 'bodohnya" kami waktu itu dalam soal pengurusan jenazah. Segala-galanya dilakukan atas arahan bilal tukang mandi jenazah dan pembantunya. Kami cuma macam 'boneka' yang digerakkan dengan 'tali kata-kata'. Disuruh jirus badan, kami jirus. Disuruh sabun kepala, kami sabun. Disuruh miringkan sedikit jasad emak untuk dibersihkan bahagian belakangnya, kami buat. Sambil memandikan jasad emak, saya renung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan saya adik beradik. Dengan lembut dan hati-hati saya bersihkan dada yang pernah menyusukan saya hingga kenyang dan perut yang pernah mengandungkan saya selama lebih 9 bulan. Saya gosok perlahan bibir yang pernah tersenyum pada saya, bergurau dengan saya, menasihati saya dan juga pernah berleter memarahi saya. Saya sabun jari jemari yang pernah membelai saya dan juga pernah merotan saya. Sambil itu, terbayang semua kenangan bersama emak yang dicintai (termasuk sekali sekala 'angin berani mati' saya datang untuk menjawab leterannya). Tiba-tiba teringat pula hakikat bahawa sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh bumi, dan dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza - saya masih di alam fana, manakala emak sudah dijemput ke alam baqa. Lantas air mata merembas keluar hingga ditegur dan disabarkan oleh Makcik bilal dengan lembut, "Sabarlah. Semua orang mesti merasai mati. Lambat laun kita mesti berpisah juga dengan orang yang disayangi. Makcik pun pernah rasa hilang emak. Sekarang giliran awak semua. Esok-esok ada lagi orang dapat pula 'gilirannya'. Cuma kita kena banyak-banyak sabar. Banyak-banyak doa pada Allah supaya roh ibu awak selamat 'di sana'." Pengalaman ketika menghadapi kematian ibu sendiri menyebabkan saya terfikir sejauh mana pengetahuan kita dalam menghadapi kaum keluarga atau sahabat handai yang sakit atau sedang nazak dan sejauh mana pula pengetahuan kita dalam menguruskan jenazah. Sejauh mana pula kita "menyediakan" anak-anak kita supaya tahu apa yang perlu dilakukan jika ditakdirkan terpaksa menghadap ibu/ayah yang nazak atau terpaksa menguruskan jenazah kita nanti. Beruntunglah kita jika anak-anak kita nanti seperti 10 adik-beradik Datuk Prof Haron Din (mengikut apa yang pernah saya baca) yang mengepalai sendiri segala urusan menyelenggarakan jenazah ibu mereka daripada soal memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan pengkebumian. Dan mereka juga yang bergilir-gilir membaca al-Quran hingga khatam untuk disedekahkan kepada roh ibu bapa mereka. Amat malang jika anak-anak kita hanya menyerahkan semua urusan itu ke tangan orang lain kerana ketiadaan ilmu sedangkan anak-anaklah yang lebih afdal menyelenggarakan jenazah ayah/ibu mereka. Orang lain sepatutnya hanya membantu sahaja, anak-anak yang harus ke depan. Jika ada anak lelaki, dialah yang sepatutnya mengimamkan solat jenazah ayah/ibu ("sepatutnya" atau "lebih baik lagi", bukan pula maknanya "mesti". Takut nanti ada yang salah tafsir pula!). Kalaupun tidak mengimamkan, sekurang-kurangnya bersama-sama solat jenazah (lelaki dan perempuan boleh solat jenazah) sebagai perkhidmatan terakhir mengiringi ibu/ayah tercinta dalam perjalanan menuju alam yang kekal. Pernah seorang ustaz (saya tidak mahu sebut namanya) menceritakan bagaimana ketika dia diminta menguruskan satu jenazah, anak-anak lelaki si mati seramai enam orang tidak langsung mahu membantu memandikan jenazah bapa mereka. Dan ketika solat jenazah, walaupun sebelum itu sudah diterangkan secara ringkas cara mengerjakan solat itu, tidak seorang pun anak lelaki itu (yang semuanya berkelulusan tinggi dari dalam dan luar negara dan menjawat jawatan tinggi/penting belaka) yang turut sama bersolat. Alangkah sedihnya! Semoga perkara yang sama tidak berlaku kepada kita. Amin! Untuk itu, mari kita kongsi bersama beberapa point ringkas sebagai asas kepada persediaan menghadapi kematian sama ada untuk pengetahuan diri sendiri atau untuk diajarkan kepada anak-anak kita Adab menziarahi orang sakit Menziarahi orang sakit hukumnya sunat muakkad menurut jumhur ulama sedangkan menurut Imam Bukhari, hukumnya wajib. Rasulullah s. a. w amat menyukai amalan ini dan ini dapat dilihat melalui banyak Hadis. Harus juga menziarahi pesakit tanpa mengira kaum dan agama. Disunatkan meletakkan tangan di tempat yang sakit sambil membaca 'Bismillah...' dan mendoakan si sakit supaya cepat sembuh dan umurnya panjang. Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama seperti penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit. Bawalah buah tangah untuk menghiburkan hati pesakit Sesuaikan waktu berziarah. Jangan berziarah setiap hari (kecuali pesakit menghendaki demikian) tetapi seelok-eloknya berselang hari Zahirkan rasa simpati terhadap pesakit dan cuba hiburkan hatinya Tidak perlu duduk terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin menyusahkan pesakit yang ingin berehat Nasihatkan dia supaya bersabar Adab menziarahi orang sakit tenat (Islam) Sunat membaca surah Yasin di samping orang yang sedang tenat untuk meringankannya sesuai dengan hadis riwayat Ma'qal bin Yasar, katanya: "Rasulullah s. a. w. bersabda: "Yasin adalah jantung al-Quran. Seseorang yang membacanya kerana mengharap rahmat Allah dan ngeri akhirat, maka diampuni dosanya. Oleh itu bacakanlah ia kepada mayat kamu." (Yang dimaksudkan dengan 'mayat kamu' di sini ialah orang yang hampir mati kerana hukumnya sudah sama dengan orang yang sudah mati). Elakkan daripada berbuat bising Waris hendaklah sentiasa berada di sisi pesakit Sunat ditalqinkan dengan kalimah "La ila ha illallah" ke telinganya dengan lembut. Jangan terlalu sering diulang-ulang (maksudnya, jangan disebut bertubi-tubi supaya dia tidak menolaknya kerana bosan) selama dia tidak menyebut perkataan lain (jika dia mengucapkan perkataan lain selepas mengucap kalimah syahadah, ajarkan lagi supaya kalimah itu yang terakhir diucapkannya sebelum meninggal dunia, supaya dia lepas daripada neraka. Ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Kasir bin Marrah, daripada Muaz bin Jabal, katanya: Nabi s. a. w. bersabda: "sesiapa yang akhir perkataanya kalimat La ila ha illallah, akan masuk syurga." Tak perlulah memaksa orang yang sedang nazak itu mengucapkan kalimah tersebut secara penuh. Jika dia hanya sekadar menyebut "Allah" pun sudah memadai. *Disunatkan agar pesakit yang sedang nazak itu dibaringkan dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. tetapi jika sukar untuk melakukannya, hadapkan sahaja mukanya ke kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal. Disunatkan agar mengingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunanNya serta berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman kepada Allah swt. Titiskan air ke tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai tersedak) atau basahkan bibirnya dengan air (kalau dia sudah tidak boleh menelan air lagi). Ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa orang yang sedang menghadapi sakaratul maut itu mengalami kehausan yang amat sangat, seolah-olah air satu lautan pun tidak dapat melegakan dahaganya. Dan pada ketika inilah dikatakan iblis datang menggoda si sakit dengan membawa air tetapi mensyaratkan si sakit mengaku sebagai pengikutnya jika berkehendakkan air tersebut. Saidina Omar al-Khattab pernah berkata: "Hadirlah di tempat orang yang hampir mati, dan ingatkanlah mereka akan kalimah La ila ha illallah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak." Tanda-tanda mati Riwayat daripada Saidina Uthman bin Affan (r. a.), katanya: Nabi s. a. w bersabda: "Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya. Apabila kedua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya." layu kedua-dua belah telinga dan hidung (sebelum nazak) kedua-dua tumit menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis mata semakin hilang, kulit muka menjadi tegang tulang pinggang rapat ke lantai keluar peluh dan air mata, menandakan orang Mukmin itu mendapat kabar gembira tetapi berasa malu kerana dia sedar dosa yang dilakukannya. Itu juga satu petanda dia mendapat rahmat Allah. seluruh badan kejang kerana roh sedang bergerak keluar daripada jasad mata yang terbuka kerana mengikut roh yang keluar daripada jasad Selepas kematian Kematian perlu disahkan oleh doktor perubatan - jika terdapat keraguan mengenai sebab kematian, jenazah akan diarahkan dihantar ke hospital untuk bedah siasat Perlu dilaporkan kepada polis untuk mendapat permit pengkebumian. jangan memandikan jenazah sebelum mendapat permit. Ini adalah untuk mengesahkan kematiannya waris/ahli keluarga perlu berbincang untuk persiapan memandi dan mengapankan jenazah dapatkan tukang mandi jenazah tentukan tanah perkuburan dapatkan kenderaan jenazah Yang perlu dilakukan segera terhadap orang yang baru meninggal dunia Tutupkan perlahan-lahan mata dan mulutnya, jika terbuka sapu minyak, usap dan urut seluruh anggota dan sendi-sendi mayat khususnya pergelangan tangan, siku, paha, lutut dan kaki sebelum urat-urat itu menjadi keras. Ini bagi memastikan keseluruhan sendinya lembut dan mudah dimandikan Bersihkan mayat daripada najis dan kekotoran terutama jika dia sudah sakit terlantar begitu lama salin semua pakaiannya termasuk pakaian dalam dengan kain yang dapat menutup seluruh anggotanya. jaga auratnya kerana dia juga malu. Ikat dagu dan pergelangan kakinya. Kemudian tutup mayat dengan kain Hadapkan mukanya ke arah kiblat (tinggikan kepalanya dengan menggunakan bantal) sunat diletakkan sesuatu yang keras di atas perut mayat (tetapi jangan letak al-Quran) supaya perut tidak masuk angin dan membesar (takut menjadi fitnah) 4 perkara wajib dilaksanakan untuk jenazah orang Islam Dimandikan Dikapankan Disembahyangkan Dikebumikan Keempat-empat perkara di atas adalah fardu kifayah iaitu apabila telah dilaksanakan oleh sebahagian orang (waris, jiran, rakan dll), maka orang lain terlepas daripada dosa.

Apabila Memilih Pemimpin tidak Berjiwa Islam dan Bertaqwa


Bila pemimipin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumini oleh nafsu nafsu jahat.Antaranya ego, sombong, takabur,riak, ujub, menzalimi, berdiskriminasi, pilih kasih, gila kuasa, tidak adil,berburuk sangka, berhasad dengki, terutama sesama pemimipin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah mewah.

Sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat yang suka merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimipin, mengunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan Akhirat, berhati hati ketika menghukum, suka memaaf dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.

Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimipinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama yaitu kearah kerosakan, kekotoran dan kejahatan, samada mereka sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu.Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa.Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat.Berlaku zalim, kejam, bermewah mewah,berpoya poya dengan maksiat mungkar.Kalau ada pun pemimpin yang baik, tapi kalau bukan atas dasar Islam dan taqwa, nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan di uji. Dan ini akan membawa kepada 1001 masaalah kepada dirinya dan kepada rakyat.Sebagai contoh, lihatlah di Malaysia hari ini.Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan Rakyat Malaysia berpecah belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri.Bahkan di kalangan ,mereka pun sama, berdendam berdengki.

Apa alasan dan penyelesaian pada semua ini? Sebab ekonomi kurang?, sebab kebodohan rakyat?, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu di sebabkan manusia manusia tidak bertaqwa.Yang mana kalau masyarakat kita BERTAQWA, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dan masaalah, dan menjadikan Negara kita Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.

Thursday, September 17, 2009

11 jenis manusia didoa malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Jangan Menampal Dunia Dengan Mengoyakkan Akhirat!



Bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : " Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat" (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).


Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut."

(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)



Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

a.
Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
b.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
c.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut

a.
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
b.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
c.
(su'ul khatimah)
d.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh

a.
Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
b.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
c.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) d. Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan
Hari Qiamat

a.
Hisab keatasnya menjadi sangat berat
b.
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
c
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka. Ikrar Muslim Sejati: Allah Matlamat Kami, Ar-Rasul Ikutan Kami, Al-Qur'an Panduan Kami, Jihad Jalan Kami, Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami!

Amin Ya Rabbal A'lamin …

Friday, September 11, 2009

CARA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

    1. AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

    1. ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

    1. SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

    1. KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

    1. SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

    Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

    Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan 1430H bersamaan dengan malam sebelum siang 13hb September 2009. ( Iaitu pada hari SABTU malam AHAD – 12 September 2009 ).

    Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

    Tanda malam Qadar ialah :

  1. malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.

Sebab-sebab doa tidak dimakbulkan





IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:

Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.

Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.

Anda membaca Al-Quran tetapi tidak berAMAL dengannya.

Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.

Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.

Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.

Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.

Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.

Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri.

Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.


SEMOGA KITA SAMA2 MENDAPAT MANFAAT DIATAS PESANAN AHLI TASAWUF INI.

Thursday, September 10, 2009

Muslim dan al-Quran




Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya..

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran – Nabih Zakariya Abd’ Rabbih – Dar al-Haramain, Mesir – 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf – Muhammad Rejab Farjani –Dar al-‘Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline.net
4- www.islamweb.net 5- www.islam-qa.com





Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?


Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

Monday, September 7, 2009

imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan, apa dia?

maqam imam syafie r.a.


Agama

"Imam Shafie pernah ditanya tentang 8 perkataan- wajib, terlebih wajib, pelik, terlebih pelik, payah, terlebih payah, hampir, terlebih hampir.

(Kalau ditanyakan 8 perkataan ini kepada para sarjana Islam di zaman ini yang bergelar Dr yg hebat-hebat itu agaknya apa jawapan mereka?)

Soalan ini muncul ketika kita membicarakan tentang muhasabah Ramadhan. Lebih separuh dari Ramadhan telah kita lalui. Sudahkah kita memuhasabah segala amalan yang telah ditunaikan sepanjang 2 minggu lepas?


Dalam memuhasabah ini saya telah menyampaikan satu kuliah. Ringkasannya:

-Kita bertemu malam ini dalam keadaan dunia dipenuhi krisis-krisis politik, ekonomi, keruntuhan akhlak dan lain-lain. Krisis paling besar ialah krisis manusia dengan Tuhannya.

-konsep khalifah Allah mesti difahami

-Ramadhan-puasa, Quran, qiam dan lain-lain dimuhasabah.

-Hadis Nabi SAW bermaksud: ‘Segeralah beramal dalam 7 keadaan. Kamu tidak menunggu melainkan faqir yang melupakan kamu dari beramal, atau kaya yang menjadikan kamu melampaui batas, atau sakit yang merosakkan anggota badan kamu untuk beramal, atau tua yang memayahkan untuk beramal, atau mati yang menjadi penamat kehidupan, atau dajjal. Ia sejahat perkara yang ditunggu, atau Kiamat dan Kiamat itu lebih perit dan dahsyat.’

-Nabi SAW bersabda kepada Abu Zar, maksudnya: ‘Wahai Aba Zar! Teguhkan bahtera kerana laut itu dalam. Perbanyakkan bekalan kerana perjalanan itu panjang. Ringankan belakangmu kerana bukit itu tinggi pendakiannya. Ikhlaskan amalan kerana Tuhan Yang Maha Melihat itu Sangat Melihat (akan perbuatanmu).’

-Imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan. Jawab beliau dalam syairnya:

Wajib atas manusia untuk bertaubat

tetapi tinggalkan dosa itu terlebih wajib

Seluruh masa diguna utk bertaubat itu pelik

Lalainya manusia dari bertaubat terlebih pelik

Sabar tunaikan perintah itu payah

Tetapi luputnya pahala itu terlebih payah

Semua perkara yang diharap itu hampir

Dan mati itu sebenarnya terlebih hampir


Saturday, September 5, 2009

Makanan Rasulullah!!


Selera makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda saw. sangat gemar makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan istimewa orang Arab , sup dimakan bersama roti juga disukai. Madu, cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang juga disukai. Nabi saw. juga menggemari memasukkan kurma bersama susu dan mentega. Baginda saw. tidak suka makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran Baginda saw. Nabi saw. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.
Ketika minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya . Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi saw. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.

Baginda saw. menyukai orang -orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi saw menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya.

Nabi saw. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak .
Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca , kayu, tanah dan zink.

Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan. Baginda saw hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya. Biasanya Nabi saw. duduk bersila atau bertimpuh, dia tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah saw. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan. Baginda saw juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi saw menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya.

Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu.

Jika terdapat tetamu ia akan menyungguhi supaya makan hingga kenyang. Nabi saw. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama. Nabi saw. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai , Nabi saw akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi saw berdoa keberkatan untuk tuan rumah..

Jika Baginda saw. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir.

Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.
Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”. Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

1.Pahala yang berlipat ganda
2.Keberkatan.

Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.


1.1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.



Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.

Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.

2.Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??

Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.


4.Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5.Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7.Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8.Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.


9.Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

1.PAHALA

2.KEBERKATAN.

Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW

World Police car

You sure like to view!!
Malaysia


Malaysia - Proton Saga




Malaysia - Proton Waja



Malaysia - Proton Perdana




Australia - Alfa Romeo GT



Australia - Holden VE Commodore



Austria - Porsche 911



Bulgaria - Porsche 911



Canada - Jaguar S Type




China - Hummer




Germany - Brabus CLS Rocket




Germany - Porsche 911 Carrera




Italy - Lamborghini Gallardo




Italy - Smart




Japan - Skyline GTR




Singapore - Subaru WRX




South Africa - Lamborghini Gallardo




UK - BMW M3




UK - Lamborghini Gallardo




UK - Lotus Exige




USA - Corvette C6




USA - Dodge Viper




USA - Ford Mustang




USA - Hummer H2




USA - Nissan 350Z

Powered By Blogger

forum kita....

Followers