Ya Allah.. tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.. Tetapkan imanku ya Allah, Untukku terus mencari cintaMu.Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, (selain sujud sahwi..) 1. Berdoa Terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut: 2. 'Tinggalkan dunia' Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar. Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita. 3. Usaha hati Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan. Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda. 4. Tanam Rasa Cinta Pada ALLAH Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. 5. Perasaan takzim kepada ALLAH Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah. 6.Perasaan al-haibatu wal khauf Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya. Allah berfirman di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud: Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama. 7. Menaruh harapan Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapan para sufi yang bermaksud: Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku. 8. Malu pada ALLAH Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang sama ada daripada segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah. 9. Memahami bacaan solat Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya. 10. Hindar situasi gangguan Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi. 11. Mendengar cerita orang yang khusyuk Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi. |
SENARAI GRADUAN SESI 2016
8 years ago
No comments:
Post a Comment