Tuesday, November 3, 2009

Perjuangan Tok Ku Paloh


Tok Ku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman Muhammad Al-Idrus merupakan ulama terkenal Terengganu yang menjadi tulang belakang pentadbiran Sultan Zainal Abidin III (1881-1919M). Dilahirkan pada 1817 di Kampung Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Tok ku Paloh mewarisi ketokohan bapanya Sayid Muhamad Zainal Abidin yang mempunyai salasilah kekeluargaan sampai kepada Rasulullah S.A.W. melalui cucunya Sayidina Hussin bin Ali Abu Talib. Tok ku dikatakan dari nasab ke-32 Rasulullah di kalangan keluarga Al-Idrus.

Ketinggian ilmu agamanya menjadikan Tok ku Paloh semakin berpengaruh dikalangan rakyat dan golongan diraja. Malah Sulatan Zainal Abidin III sendiri sanggup berulang-alik dari istana ke Kampung Paloh untuk menimba ilmu daripadanya. Pendirian tegas Tok ku Paloh menentang Inggeris turut disokong oleh baginda. Justeru hubungan erat antara sultan dan ulama itu menyebabkan Inggeris sukar meluaskan jajahan takluknya.

Tanpa rasa gentar kepada sebarang ancaman, Tok ku Paloh sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat perlindungan pahlawan-pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, dan anaknya Mat Kilau yang melarikan diri dari buruan askar British. Selama berada di Terengganu orang-orang Datuk Bahaman bukan sahaja disuntik semangat perjuangan bahkan berpeluang menambahkan ilmu dan kekuatan rohani Tok ku Paloh.

Ulama itu menyeru agar dilancarkan perang jihad melawan British dengan semangat kecintaan pada agama dan tanah air. Ekoran sokongan itu, Residen British di Pahang, Hugh Clifford mula menyedari kekuatan 'pemberontak' yang kian melebar. Lantas Clifford memimpin segerombolan tentera menghadap Sultan Zainal Abidin untuk meminta kerjasama baginda memberkas pahlawan-pahlawan Pahang itu.

Namun Sultan tidak tunduk dengan kemahuan Clifford. Baginda hanya mengeluarkan surat perintah menangkap orang yang dikatakan menyokong pemberontakan. Surat tersebut tidak membenarkan sama sekali British menyiasat kerabat diraja, keluarga Tok ku Paloh dan pembesar negeri. Malah baginda turut mengutuskan sepucuk sulit meminta orang Besut membantu pahlawan Pahang yang berlindung di situ.

07062009056

Walaupun usaha Clifford itu gagal namun pihaknya masih meneruskan beberapa siri rundingan. Tetapi seperti sebelumnya Sultan tetap menolak apa jua cadanagan British. Sebaliknya baginda mengarahkan wakil Inggeris itu menemui Tok ku Paloh terlebih dahulu. "Terenganu ni ada tuan empunyanya, silalah berunding dengan tuannya dahulu (To ku Paloh)," kata baginda. Inggeris segera menghantar wakilnya berjumpa tokoh ulama tersebut. Walaupun Tok ku Paloh bertegas menolak kehadiran Inggeris di Terengganu, namun kedatangan orang putih ke rumahnya disambut baik. Malah Tok ku Paloh meminjam kerusi dari jirannya untuk meraikan orang Inggeris yang tidak pandai duduk bersila. Ketika itu ada diantara cucunya sengaja bersembunyi di bawah rumah sambil memasang telinga untuk mendengar perbualan orang putih dengan datuk mereka.

Tuan nak tanah Terengganu ni? boleh...ambillah berapa banyak yang tuan mahu...bawa tanah tu atas kapal tuan,"jelas Tok ku Paloh dalam nada sinis. Jawapan Tok ku Paloh menjadi tamparan hebat kepada wakil Inggeris itu. Beliau pintar berhadapan dengan tipu helah British. Orang putih juga kecut perut bila bertentang mata dengan To ku Paloh. Mereka melihat tubuhnya tiba-tiba menjadi tinggi lampai dan sasa. Sedangkan saiz sebenar kecil sahaja. Pegawai-pegawai British tersebut bingkas bangun untuk beredar, tetapi dengan kuasa Allah sekali lagi keladian aneh berlaku, orang putih itu sukar hendak bangun kerana punggung mereka melekat pada kerusi buat seketika.

To ku Paloh perhatikan gelagat mat salih yang mengelabah itu dengan penuh lucu. "Sudahlah tuan-tuan mahu ambil tanah Terengganu, takkan kerusi rumah saya pun nak diambil juga," ujarnya bersahaja. Wakil British bergegas pulang ke armada dalam ketakutan. Setelah rundingan tersebut gagal British cuba mengertak dengan melepaskan tembakan meriam dan senapang bertubi-tubi dari armada yang berlabuh di persisiran pantai.

07062009059

Serangan itu tidak sedikit pun mengentarkan To ku Paloh, malah dengan pantas dia menyusun orang-orang kananya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Kelam dan Syeikh Ibrahim untuk mempertahankan Terengganu, Siang dan malam Inggeris membedil Kuala Terengganu, namun beberapa hari kemudian armada British terpaksa berundur meninggalkan perairan Terengganu dalam ketakutan, orang-orang Inggeris dikatakan terkejut besar apabila melihat seolah-olah 'beribu-ribu' tentera orang melayu yang lengkap bersenjata berbaris di tepi pantai. Akibat kejadian pelik itu, British tidak berani lagi datang ke Terengganu. Selepas To ku Paloh pulang ke rahmatullah pada 1917, ketika umurnya menjangkau 100 tahun iaitu setahun sebelum kemangkatan Sultan Zainal Abidin, barulah Inggeris berjaya memasuki negeri itu.

07062009058

Tok ku Paloh meninggalkan lebih 20 orang anak dan beberapa orang isteri termasuk Tengku Mandak, kekanda Sultan Zainal Abidin. Jenazah ulama itu dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Kampung Paloh, Kuala Terengganu. Kini makam Allahyarham Tok ku Paloh, isteri dan salah seorang anaknya dijaga rapi oleh keluarga cucnya Sayid Mukhsin Sayid Abdullah. Makam-makam tersebut diletakan didalam sebuah binaan yang berpagar besi dan sentiasa dikunci , ini bertujuan mengelakkan berlaku pemujaan terhadap kubur ulama besar yang selalu dianggap keramat.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE0ahgyrQ62SuRRyjZNu1F7zOpQVudbIvzKAOwdCHhCICl5INeWfZqZA4j8MrWXaB-L_jQi2NtuKsDQbE5ufdCTou3BmyE7G1rQKbaSkII6QXRD4j3nSxtAOWbXedxPFYhublJPIUvqIY/s400/DSC_0115.JPG
Rumah Tokku Paloh

http://cikguali.files.wordpress.com/2009/09/istanatokkupalohdiduyong.jpg
Istana Tokku Paloh


Kawasan pemakaman Tokku Paloh di Kampung Paloh

1 comment:

Powered By Blogger

forum kita....

Followers