Wednesday, December 23, 2009

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.




Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat
Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap
Rasulullah SAW.

--
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat :
208)

~salam ceria selalu

Ya ALLAH swt. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh
kehidupanku. AMIN.

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget