Wednesday, October 7, 2009

Ferrari jadi 'besi buruk'



KERETA Ferrari 360 Modena kini menjadi 'besi buruk' selepas terlibat dalam kemalangan.



DURHAM - Sebuah kereta sport Ferrari 360 Modena yang berharga kira-kira £110,000 (RM601,269) bertukar menjadi 'besi buruk' selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu terbabas ketika melalui selekoh di sebatang jalan dekat sini sebelum ia terbalik beberapa kali dan terbakar pada Ahad lalu.

Seorang pemilik trak penunda, Eddie Jeacock berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian dia menyangka bahawa nahas jalan raya itu merupakan satu kemalangan maut.


GAMBAR menunjukkan model Ferrari 360 Modena.


Bagaimanapun, pemandu kereta itu yang berusia 32 tahun dan berasal dari sini cuma mengalami patah buku lali dan dirawat di Hospital Diraja Sunderland.

Kecederaan penumpang Ferrari tersebut iaitu seorang wanita berusia 37 tahun pula lebih serius tetapi tidak mengancam nyawa.

"Sukar untuk percaya bahawa seseorang masih hidup selepas terbabit dalam kemalangan dahsyat seperti ini," kata Jeacock. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

forum kita....

Followers