JANGAN JADIKAN AL- QURAN SEBAGAI BANTAL
Rasulullah bersabda:
" Wahai ahli-ahli Al-Quran janganlah gunakan Al-Quran sebagai bantal, tetapi hendaklah
kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, bukalah kitab suci itu, bacalah ia
dengan suara yang baik dan fikirkanlah kandungan-kandungannya, dengan demikian
kamu akan memperoleh kejayaan. Janganlah kamu gunakan untuk mendapatkan ganjaran
darinya di dunia ini, kerana ianya mempunyai ganjaran yang paling hebat di akhirat nanti.
(HR Baihaqi)
PAHALA BAGI ORANG YANG MENDENGAR BACAAN AL-QURAN
Rasulullah bersabda:
" Barang siapa mendengar satu ayat dari Al-Quran, akan di tuliskan untuknya dua kali
ganda kebaikkan dan barang siapa membacanya (satu ayat), ia akan menjadi nur
kepadanya pada hari kiamat,"
(HR Ahmad)
UBAT BAGI HATI YANG BERKARAT
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya,"apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersih kembali?
" Rasulullah bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."
(HR Ahmad)
HATI YANG KOSONG DARI AL-QURAN
Rasulullah bersabda:
"Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama
rumah yang telah ditinggalkan kosong"
(HR Al-Hakim).
SENARAI GRADUAN SESI 2016
8 years ago
No comments:
Post a Comment