Saturday, September 5, 2009

Makanan Rasulullah!!


Selera makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda saw. sangat gemar makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan istimewa orang Arab , sup dimakan bersama roti juga disukai. Madu, cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang juga disukai. Nabi saw. juga menggemari memasukkan kurma bersama susu dan mentega. Baginda saw. tidak suka makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran Baginda saw. Nabi saw. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.
Ketika minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya . Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi saw. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.

Baginda saw. menyukai orang -orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi saw menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya.

Nabi saw. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak .
Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca , kayu, tanah dan zink.

Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan. Baginda saw hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya. Biasanya Nabi saw. duduk bersila atau bertimpuh, dia tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah saw. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan. Baginda saw juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi saw menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya.

Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu.

Jika terdapat tetamu ia akan menyungguhi supaya makan hingga kenyang. Nabi saw. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama. Nabi saw. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai , Nabi saw akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi saw berdoa keberkatan untuk tuan rumah..

Jika Baginda saw. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir.

Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.
Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”. Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

1.Pahala yang berlipat ganda
2.Keberkatan.

Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.


1.1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.



Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.

Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.

2.Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??

Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.


4.Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5.Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7.Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8.Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.


9.Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

1.PAHALA

2.KEBERKATAN.

Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget