Sunday, September 27, 2009

Tiga Perkara Kebaikan Dan Keburukan


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian
dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat
ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut
hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."

Riwayat Abu Syeikh

Huraian:

i) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :

a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat
dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan
itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan
atau ditimpa celaka dalam hidupnya.

b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada
diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak
yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam
menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih
sayang dalam masyarakat.

c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan
seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.


ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang
akan membinasakan manusia iaitu:

a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa
nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.

b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.

c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan
seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain
menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.


iii) Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga
dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah
sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke-
lambah kebinasaan.

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget