Thursday, July 22, 2010

MENGEJAR KEBAHAGIAAN

Suatu masa kelihatan seorang pemuda duduk di tepi telaga. Dia termenung tatapan matanya kosong. Seluruh penjuru ceruk rantau telah dikunjungi, namun tidak ada satu titik pun yang membuatnya puas.

Kekosongan terasa, sehinggalah ada suara yang menyapanya.

`'Apa yang kau buat disini anak muda?", Tanya seorang lelaki tua." Apa yang kau risaukan?". Anak muda itu menoleh dan menjawab," Saya penat pakcik. Terlalu jauh saya berjalan untuk mencari kebahagiaan tetapi sehingga kini tidak ada tanda kebahagiaan akan hadir dalam diri saya. Kemanakah harus saya mencarinya lagi?"

Lelaki tua itu menghampiri anak muda tersebut. Dipandangnya wajah anak muda tersebut lalu berkata. " Di depan sana ada sebuah taman. Jika kau ingin jawapan bagi pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama dengan tanganmu buatku," arah lelaki tua itu. Pelahan-lahan pemuda itu bangkit menuju ke taman tersebut.

Taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Tidak hairan banyak rama-rama yang berterbangan. Manakala lelaki tua itu hanya memandang dari jauh memerhatikan tingkahlaku pemuda tersebut. Dia terhendap-hendap, perlahan namun sasaran itu luput. Dikejarnya rama-rama itu kearah lain. Namun dia gagal. Dia mula berlari ke sana ke sini. Diterjahnya apa yang ada di depan mata termasuk semak. Gerakannya semakin liar. Adegan itu terus, berlangsung, tapi tidak ada seekor pun rama-rama pun yang berjaya ditangkapnya. Si pemuda mula keletihan.

Kemudian dia mula mendengar lelaki tua itu menjerit," Hentikanlah dulu anak muda berehatlah".

Lelaki tua itu berjalan ke arah pemuda. Dilihatnya ada sekumpulan rama-rama berterbangan di tepi kiri dan kanan lelaki tersebut. ` Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan? Berlari dan menerjah apa sahaja? Ke sana sini tak tentu arah, menerobos tanpa mempedulikan apa yang kau rosakkan?", kata lelaki tua itu sambil menatap pemuda itu.

" Nak, mencari kebahagiaan umpama menangkap rama-rama. Semakin kau terjang, semakin ia menghindar. Semakin kau buru semakin pula ia pergi darimu. Namun tangkaplah ia dengan hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukanlah benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusuri rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri".

Kemudian lelaki tua itu mengangkat tangannya, tiba-tiba hinggap seekor rama-rama di hujung jarinya. Terlihat sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan tuhan. Warnanya begitu indah, seindah kebahagiaan yang bagi mereka yang mampu menyelami. Mencari kebahagiaan ibarat menangkap rama-rama. Sulit, bagi mereka yang terlalu gopoh, namun mudah bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari. Kemungkinan mendapat kebahagiaan dengan cara kesana sini amatlah tipis.

Bahagia seperti udara dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa kebahagiaan itu memang ada dalam hati kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu. Biarkan rasa itu menetap dan abadi dalam hati. Temukan kebahagiaan itu disetiap langkah yang kita lakukan. Percaya dan yakin kebahagiaan itu ada dimana-mana. Rasa itu ada disekitar kita. Bahkan bahagia itu mungkin hinggap di hati kita, namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita, namun kita terlalu acuh untuk menikmatinya.

BIARLAH KEBAHAGIAAN ITU HADIR DALAM HATIMU…

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget