Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”
Riwayat Abu Naim |
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai.
Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat sete-
mpat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.
ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri
daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah
yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil
yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.
iii) Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba
menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang
mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepert-
inya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.
iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas
hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian
Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.
v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar
kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta
dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk,
dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap
dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikur-
niakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-
anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hamper
kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan mene-
rima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di sam-
ping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.
No comments:
Post a Comment