Sunday, March 21, 2010

Nikmat Hujan





Ya Allah bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah kau berikan
ketika dalam keadaan hujan, doa kita mudah-mudahan mudah diterima.

Nabi SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera
bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun" ~~~Hadis riwayat Abu Dawud~~~

Jadi sahabat sekalian sementara kita menghadapi musim hujan ni, janganlah kita mengeluh akan hujan kerana
besar nikmatnya, berdoalah kita tika hujan turun.

Di kala air dari langit diturunkan, banyak menberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan serta hidupan
di bumi. mungkin dengan hujan terjadinya banjir yg memusnahkan tumbuh-tumbuhan serta haiwan ternakan setempat.
Disebalik kemusnahan ini, pelbagai nikmat lagi yg ALLAH turunkan. banjir yg berlaku hanya lah ujian buat umatnya.
Untuk menguji kesabaran Umatnya, Untuk menguji tahap kesyukuran hambanya.. Namun ingatlah kita

"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNYA(hujan), sehingga
apabila angin membawa awan mendung, Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan kedaerah itu.
Kemudian kami tumbuhakan dengan hujan itu belbagai macam buah-buahan.Seperti itu kami bangkitkan orang yang telah
mati, mudah-mudah kamu mengambil penlajaran" surah Al-A`raf ayat 57.

Dengan hujanlah kita mendapat sumber vitamin & zat besi. Air hujan dijadikan sebagai air siraman ke tanam-tanaman,
buah-buahan, serta bijiran. sehingga kita perolehi hasil. Begitu besarnya nikmat tuhan. Dari setitis air yang diturunkan,
di beri juga pelbagai jenis hasil sebagai sumber makanan kita.

Usah mengeluh dengan nikmat kepelbagaian cuaca yg diberikan ini

1 comment:

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget