Saturday, March 27, 2010

SIFAT SABAR DAN TABAH

Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan dapat lari daripada menerima qadak dan qadar
Allah Subhanahu Wataala seperti musibah-musibah yang menyebabkan penderitaan dan
kesusahan sebagai cabaran dan ujian dari Allah Subhanahu Wataala dan harus dihadapi
dengan penuh kesabaran.

Sesungguhnya sifat sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah seperti sakit amat perlu
kepada seorang hamba Allah. Kerana dengan sifat-sifat tersebut akan membolehkan kita menjadi
orang yang reda terhadap qadak dan qadar, bahkan ia boleh mengelakkan
diri kita dari bersikap
marah,kecewa, putus asa dan resah gelisah dalam menghadapi kesakitan yang dialami.
Ketahuilah sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala mencintai orang-orang yang sabar dan
sentiasa bersama-sama mereka.


Firman Allah Subhanahu Wataala:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan
dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

(Surah Al-Baqarah ayat 155 )

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak satu musibah
pun yang menimpa diri seorang Muslim, sama ada yang berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan
dan kedukaan ataupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang mencucuk kakinya (anggotanya),
melainkan dihapuskan oleh Allah dengan itu sebahagian dari kesalahannya".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
.

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget