Friday, August 14, 2009

Awas ubat herba dicampur bahan kimia


PETALING JAYA - Lazimnya masyarakat beranggapan herba tradisional dalam bentuk minu- man dan ubatan dapat menambahkan kekuatan stamina atau menghilangkan rasa sakit pada tubuh badan dengan kadar yang cepat selain baik untuk kesihatan.

Namun bagi Ketua Unit Toksikologi Klinikal, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Mohd. Sukri Hassan, pengambilan bahan tersebut secara berterusan dan bukan atas nasihat doktor boleh membuatkan seseorang itu mati mengejut.

Katanya, berdasarkan kepada analisis jabatannya mendapati, rata-rata produk tradisional di negara ini dikesan telah dicampur secara sengaja dua bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan iaitu steroid dan analog sildenafil.

"Minuman herba yang kononnya diadun bersama tongkat ali, kacip fatimah, ikan linang atau misai kucing kebanyakannya mengandungi analog sildenafil seperti homosildenafil yang diharamkan dalam ubatan atau minuman herba.

"Apabila bahan kimia tersebut dicampur dengan produk-produk herba, ia akan memberikan tindak balas dalam tempoh singkat, biasanya dalam 30 hingga 45 minit untuk menguatkan stamina, menghilangkan rasa sakit sendi dan lain- lain lagi," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, pengguna akan fikir bahawa produk tersebut berkesan tetapi ia sebenarnya adalah pembunuh senyap.

Secara saintifik jelasnya, analog sildenafil merupakan antara bahan kimia yang sangat merbahaya memandangkan ia boleh mengundang kepada kematian mengejut kepada seorang pesakit jantung tanpa sebarang isyarat.

Berhubung dengan penggunaan steroid, katanya, ia banyak dicampur dalam ubatan tradisional pelbagai jenama dalam bentuk herba atau pil.

Steroid merupakan sejenis dadah yang tersenarai dalam Akta Racun 1952 yang mempunyai fungsi menambahkan stamina badan, menguatkan tenaga batin, mengurangkan kesakitan pada sendi dan tulang serta menaikkan selera makan.

"Akan tetapi pada jangka panjang ia boleh mengakibatkan hati membesar, menggagalkan fungsi hati dan mempercepatkan pereputan tulang," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget

Blog Archive

There was an error in this gadget