Thursday, August 13, 2009

Bersihkah Sumber Rezeki Saya?



Saya diminta oleh sebuah syarikat swasta menyampaikan satu kuliah dengan tajuk di atas. Tujuannya ialah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman agar pendapatan dan gaji yang diperolehi saban bulan, juga dalam bentuk lain benar-benar bersih dan berkat.

(Rakaman kuliah di sini:

(www.niknasri.com)

Memang kadang-kadang kita terlupa adakah rezeki kita bersih atau tidak, berkat atau tidak, halal atau tidak. Kealpaan menjadikan kita rakus terhadap harta. Kerjanya halal, tetapi cara mendapatkannya kekadang dipenuhi syubhah.

Ringkasan kuliah tersebut:



Sesungguhnya harta kamu dan anak kamu menjadi fitnah (ujian kepada kamu)” al-Anfal:28

Dalam satu hadis, Huzaifah berkata dengan apa yang didengarnya dari Nabi SAW: ‘Fitnah (ujian) seorang lelaki itu pada ahlinya (isterinya), hartanya, anak-anaknya dan jirannya’

Harta tidak dikeji kerana ia ‘harta’ tetapi dikeji kerana pengurusannya yang salah. Ertinya faktor kemanusiaan menjadikan harta itu keji. Ia menjadi keji apabila sangat haloba terhadap harta, mendapatkannya melalui jalan tidak halal, menahan dari menunaikan hak, mengeluarkan harta itu bukan kepada salurannya yang betul atau berbangga dengan harta tersebut.

Dalam satu riwayat: ‘Tidak ada dua ekor serigala yang lapar dilepas kepada seekor kambing biri-biri terlebih rosak dari halobanya seorang manusia terhadap harta dan menjual agamanya’

Yahya bin Muaz berkata: ‘Satu dirham itu adalah (ibarat) kala-jengking. Jika kamu tidak pandai jampi penawarnya, janganlah kamu mengambilnya. Jika ia menyengatmu, racunnya akan membunuhmu.’ Ditanya: ‘Apa jampi penawarnya?’ Jawabnya: ‘Ambil dirham itu dari sumber halal, dan letak pada haknya.’ Ia berkata lagi: ‘Dua musibah menimpa seorang manusia terhadap hartanya ketika matinya. Semua makhluk tidak pernah mendengar seperti dua musibah itu.’ Ditanya: ‘Apa itu?’ Katanya: ‘Harta diambil darinya kesemuanya (iaitu ketika mati si mati hanya membawa bekalan amal sahaja) dan ditanya tentang harta itu semuanya (iaitu dipersoalkan dari mana diambil, ke mana digunakan).’

Dalam mencari rezeki, anda terfikir tentang:

-bagaimana anda buat mileage claim? Ditambah angka kosong di belakang, atau ditambah jumlah km walaupun tak pergi, atau ditambah kos perkara yang tak dibuat.

-harta syarikat yang digunakan untuk peribadi?

-atau peruntukan untuk sendiri tetapi disalahguna untuk kaum kerabat?

-projek/tender syarikat tetapi anda menuntut komisen yang tak sepatutnya anda dapat?

Dalam dunia pekerjaan sekarang pelbagai cara, teknik, tektik dan kemahiran digunakan untuk mendapatkan rezeki. Soalnya adakah ia benar-benar bersih yang kemudiannya itulah yang disuap ke mulut sendiri, isteri dan anak? Dan kemudian jangan ditanya kenapa hati anda gelap, isteri anda derhakakan anda, anak anda melawan cakap anda.

Solatlah 4 rakaat Dhuha di awal pagi dan bermohonlah kepada Allah supaya dibersihkan rezeki itu dari yang haram ‘…In kaana haraaman, fatahhirhu..’ serta berusaha mencari yang BERSIH itu.

No comments:

Post a Comment

forum kita....

Followers

There was an error in this gadget

Blog Archive

There was an error in this gadget